NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, July 23, 2012
INI ADALAH SATU PENGAJARAN, LAIN KALI JANGAN PANGKAH PR..!!!
Belum kena belum tahu, bila dah terkena batang hidung barulah tahu mana yang baik untuk sipeniaga. Jangan terpedaya lain kali bila dengar ceramah Pakatan PR janji yang manis-manis sehingga janjikan syurga, bulan dan bintang.
Padahal untuk menghidupkan kroni mereka yang kaya raya, contohnya disekeliling peniaga-peniaga kecil berniaga jika bersebelahan dengan rumah teres mewah yang kaya raya. Jika direpot hanya satu repot pun daripada mereka yang duduk dirumah mewah, habislah peniaga-peniaga akan terkena tempiasnya.
Yang berniaga sudah pasti bukanlah orang senang yang dapat duduk semewah kediaman disekitar peniaga-peniaga kecil menjaja. Bukankah yang menjadi mangsanya adalah penjaja-penjaja kecil sendiri.
Maka beringatlah diwaktu PilihanRaya akan datang, jangan pangkah Pakatan PR..!!! Kelak akan menyusahkan para peniaga-peniaga kecil...!!!
Peniaga, penjaja pasar malam kecewa arahan MPAJ
TAMAN MUDA - Sebelas peniaga dan penjaja makanan dan minuman pasar malam Taman Muda tidak berpuas hati tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) melarang mereka meletakan kerusi dan meja semasa berniaga.
Dakwa mereka, tindakan secara tidak langsung menutup periuk nasi mereka yang berniaga sejak 20 tahun berikutan selama ini mereka tidak pernah mendapat halangan dari pihak berkuasa berkenaan sebelum ini.
Wakil peniaga pasar malam, Looi Weng Leon berkata, peniaga menerima amaran lisan pada 8 Julai lalu supaya tidak meletakkan meja dan kerusi berkuatkuasa selepas amaran diberi penguatkuasa MPAJ.
Menurutnya, kebanyakan peniaga yang hanya berniaga setiap Ahad itu barangan perniagaan mereka akan disita dan dikenakan kompaun sekiranya melanggar amaran berkenaan. “Kami sangat terkejut dengan amaran tersebut kerana peniaga tidak pernah dimaklumkan akan kesalahan yang dilakukan sebelum ini melalui sebarang notis atau peringatan.
“Malah peniaga makanan dan minuman akan menanggung kerugian kerana pelanggan tetap kebiasaannya lebih selesa datang makan dan minum di gerai dari membungkus makanan,” kata kepada Sinar Harian.
Weng Leong berkata demikian pada sidang media bersama Parti Gerakan Bahagian Pandan di pasar pagi Taman Muda, di sini, semalam.Sementara itu, seorang lagi peniaga, Yong Yoo Oon, 29, berkata, ini kali pertama dia diberi amaran tersebut sejak berniaga sembilan tahun di sini.
Katanya, larangan meletak meja dan kerusi boleh mengurangkan kehadiran pelanggan sekali gus menjejaskan pendapatan bulanannya.“Saya juga ingin mempersoalkan tindakan MPAJ yang pilih kasih dalam perkara ini kerana ada peniaga yang berniaga yang menghalang lalu lintas tidak dikenakan sebarang tindakan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam Dewan Undangan Negeri Teratai, Ben Liew Bok Poon berkata, sekiranya MPAJ mempunyai polisi baru berhubung peraturan pasar malam, peniaga perlu dimaklumkan perkara tersebut lebih awal dan tidak mengenakan tekanan dengan serta merta.
Katanya, polisi MPAJ tidak membenarkan para peniaga makanan meletak meja dan kerusi boleh menjejaskan perniagaan mereka kerana selama 20 tahun, mereka berniaga tanpa halangan tersebut dan mereka juga masih berniaga dalam kawasan pasar malam dan bukan luar lingkungan pasar malam.
“Adalah tidak wajar peniaga dan penjaja makan tidak dibenarkan meletak kerusi dan meja untuk pelanggan malah pasar-pasar malam di kawasan pihak berkuasa tempatan yang lain didapati tidak menghalang peniaga berbuat demikian.
“Saya akan merujuk masalah ini kepada MPAJ agar memberi pertimbangan sewajarnya dalam perkara ini dan sekiranya ada polisi dan undang-undang baru,para peniaga perlu dimaklumkan secara notis bertulis dan tidak dikenakan tindakan yang bukan dalam pengetahuan mereka,” katanya.
- SINARHARIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
No comments:
Post a Comment