NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, July 21, 2012
DAP PENANG TINDAS ORANG MELAYU LAGI..!!!
Bila peniaga Melayu nak mencari rezeki , ada saja alasan oleh kerajaan DAP untuk menghalau mereka . Terbaru peniaga bazar Ramadan Jalan Penang, di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon.
Alasan MPPP bahawa berniaga di Jalan Penang akan mengakibatkan kesesakan..!!! Cukup kelakar sekali alasan ini kerana di KL lagi la banyak bazar Ramadhan , tapi di P.Pinang rupanya Cina2 DAP tak suka sebab jammed .
Jalan Penang memang jammed pun walaupun tak ada bazaar Ramadhan . Mansor , Malik & Salleh Man buat apa ?? Lepas dapat Datuk dari kerajaan DAP terus saja tidoq dan buat bodoh terus mendengar masalah-masalah peniaga Melayu . 3 ekor depa ni memang tunggul la saja ..!!!
Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka memandangkan tempat baru yang ditawarkan itu bukan tempat tumpuan orang ramai.
"Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak. "Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, para peniaga bumiputera ditindas dan dianaktirikan.
Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti 'Little India' kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang)," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.
Beliau berkata alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini.
Katanya kerajaan negeri kononnya memperuntuk RM6,000 untuk menempatkan para peniaga berkenaan dengan khemah percuma sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah, dilihat sebagai satu usaha yang tidak berbaloi kerana kawasan yang ditawarkan itu adalah projek terbengkalai dan kurang tumpuan orang ramai.
"Betapa baiknya sekiranya peruntukan RM6,000 itu disalurkan ke kawasan Jalan Penang sebagai ganti untuk memeriahkan suasana bazar Ramadan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan lain-lain acara menarik di bulan puasa ini," katanya.
Abdul Karim juga menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai "cakap tidak serupa bikin" kerana sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjanji mahu mengekalkan tapak bazar Ramadan di Jalan Penang.
Beliau berkata MPPP perlu bertindak secara realistik dan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan.
Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan MPPP tampil untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para peniaga bumiputera dengan kadar segera bagi membela nasib dan masa depan mereka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Setelah sekian lama, merata tempat siang malam Bob Lokman berceramah kutuk kerajaan, bantai KERAJAAN kata tak betul, haram, zalim dan se...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
GAMBAR BIASAN Panas...!!! Memang Panas...apabila Eskay sendiri telah membuat kenyataan yang beliau dan Anwar memang berada disitu. E...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Harap belajar je tinggi tapi kebodohan tu nampak jelas ketara apabila anak Anwar ni membuat ulasan mengenai penurunan cukai pendapatan...
-
Apabila video seks Anwar part 1 didedahkan, Kak Wan meraung marah mengatakan bukan Anwar. "Itu bukan Anwar", kata Wan Aziz...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Saya tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan suami orang, malah setiap kali selepas solat saya berdoa agar dijauhkan daripada berkongsi...
3 comments:
Pru13ni pilih la pakatan rakyat lg..kn best..ni la perubahan yg dimahukan...baik2 kerajaan sblm ni membela rakyat, nah, amek kerajaan baru ni...kerajaan sblm ni perintah, anda juga kata x btl, rasuah la,kroni la,rampas harta rakyat la dan lain2..kerajaan skrg ni...apa mcm...bgus ka...org melayu kalau x sdr xtau la...
setiap kali ramadhan awat lah perit sgt org melayu pg nak cari rezeki... cukup-cukuplah wahai guan eng..... nie dah berterusan.... bila lagi ham pa nak sedaq!!! dah tak tau nak kata apa!!! sedu dan hiba!!! apa guna 2nd bridge bila keadaan dok macam nie!!!n
tahniah lah kepada org Penang sbb pilih PR dlm pilihanraya yg lepas..so skrg apa nak bising2 plak..terimalah apa yg korang pilih...sbb itu yg korang nak sangat..Anwar tu kan anak Melayu kesayangan org Penang..dan Guan Eng tu kan dear leader korang..so tak perlulah bising2..buat malu jer...
Post a Comment