Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat penduduk di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak supaya memilih semula kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang bagi meneruskan pembangunan di kawasan itu.
Kawasan Bandar Tun Razak yang dahulu dikenali sebagai "Kampung Congo" pada mulanya dahulu serba kekurangan tetapi sekarang telah melalui pembangunan pesat dan moden mengikut peredaran masa kini.
" Cuma politiknya tidak kena pada tempatnya, sudahlah nama Tun Razak tapi tidak jadi milik BN. Ini tidak betul tuan-tuan, ini silap hitung, mudah-mudahan masa akan tiba tidak lama lagi, jadi tuan-tuan boleh perbetulkan.
Kalau nak ingat balik pada Tun Razak, bumi Bandar Tun Razak ini pulangkan balik kepada BN dan inilah yang perlu kita lakukan," kata Datuk Seri Najib ketika berucap pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) semalam.
PENDUDUK BANDAR TUN RAZAK GEMBIRA MENERIMA BAUCAR TUNAI BR1M RM500 |
Nama Bandar Tun Razak diambil sempena nama Perdana Menteri kedua yang juga bapa Najib, pada asalnya dikenali sebagai Kampung Congo berikutan pembukaannya dikhaskan untuk penempatan bekas tentera yang berkhidmat di Congo pada 1960-an.
No comments:
Post a Comment