
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, January 28, 2012
JANGAN DAH TERHANTUK BARU NAK TERGADAH DIKERJAKAN PAKATAN PR..!!!
Baru padan muka penyokong pakatan PR apabila terkena batang hidung sendiri, nak sangat ubah kerajaan sehingga terduduk terkedu kena main dengan pemimpin pakatan PR.
Perkara ni terjadi di Batu 12, Sungai Burong, Tanjung Karang, Tanah TOL atau tanah lesen menduduki sementara di situ telah lama diterokai dan diduduki penduduk sejak 70 tahun lalu dengan menjadikannya rumah kedai.
Semasa Selangor di bawah pentadbiran kerajaan negeri BN sebelum 2008, kira-kira tiga atau empat pekedai di situ cuma membayar premium kira-kira RM5,000 untuk mendapatkan geran.
Tetapi beberapa lagi pekedai daripada keseluruhan sembilan kedai di situ enggan berbuat demikian. Senang cakap barangkali mereka ini penyokong pembangkang. Mereka enggan menemui wakil rakyat kerajaan waktu itu untuk urusan geran.
Sebaik-baik sahaja kerajaan negeri BN itu jatuh ke tangan Pakatan PR, pekedai tadi yang merupakan penyokong Pas merasakan peralihan kepimpinan itu adalah masa yang tepat untuk memohon geran.
Tetapi alangkah terperanjatnya mereka apabila kadar premium yang dituntut untuk tanah berkeluasan lebih kurang 83.128 meter persegi (894.782 kaki persegi) bukannya RM5,000 atau RM6,000.
Sebaliknya mencecah RM60,000, barulah terkedu dan 'terduduk' mereka ni. Terkena batang hidung sendiri apabila urusan permohonan geran itu mengikut harga pasaran.
Bukan sahaja kadar premium yang tinggi berlaku di Sungai Burong. Di satu kawasan lagi di Sungai Kajang untuk keluasan tanah 3 ekar sahaja, kadar premiumnya melambung sehingga RM300,000.
Dahulu, dalam manifesto pakatan pembangkang, sibuk melaung-laungkan mahu tegakkan keadilan. Sama rasa dan sama rata kononnya. Tetapi tengoklah apa yang berlaku...!!!
Jika perkara ini tak diambil peduli juga oleh orang Selangor, maka tunggu sajalah nasib yang bakal kamu terima kebelakangan hari nanti. Apa pembangunan yang boleh dibanggakan di Selangor dalam tempoh empat tahun pembangkang perintah..???
Kerajaan PKR Selangor sanggup tolak pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah yang sepatutnya direncanakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), kerja mereka hanya jual harta yang ada.
Daripada rakyat Selangor sendiri ada aset PKNS dan Yayasan Selangor, hari ini semuanya nak dijual Pakatan PR. Jika BN dahulu sediakan tapak-tapak pasar tani dan pasar malam, hari ini kita lihat sewa premis-premis ini semuanya dinaikkan.
Cakap tak serupa bikin dan hipokrasi kini mewarnai pentadbiran pakatan pembangkang di Selangor. Rakyat Selangor tentu lebih bijaksana. Lebih lama pembangkang perintah negeri itu, lagi lama rakyatnya 'memendam rasa'.
Banyak lagi cacat-celanya pemerintahan kerajaan PKR Selangor yang memerlukan tindak balas rakyat negeri Selangor untuk memberi pengajaran berharga kepada mereka pada PRU13 nanti.
Itupun terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai dengan "mata hati" akan masalah isu-isu terbaru yang menyelubungi Pas, PKR dan DAP di Selangor.
Jangan dah buta hati sudah la...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Kenapa tak pakai baju kuning "BerSHIT"..?? BULLSHIT semua takut kena tangkap..!!! Akhirnya tuhan maha kuasa...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
2 comments:
ALHAMDULILAH ALLAH S.W.T DAH TUNJUK KAN SIAPA PARTI PR YANG SEBENAR..SELAMA INI BISING NAK BERUBAH KERAJAAN SEKARANG TERIMALAH....SEMOGA PERKARA INI DIJADIKAN PENGAJARAN
Asrama Yayasan Selangor untuk anak anak miskin turut tergadai.CELAKA PKR
Post a Comment