PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, January 10, 2012

HASAN ALI KATA ANWAR SAPU ANAK ORANG DAN BINI ORANG, TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI..!!!



Berikut adalah ulasan Datuk Dr. Hasan Ali ketika bertemu dengan penyokong beliau di kediamannya di Kuala Lumpur, kelmarin sebaik sahaja dipecat daripada Pas.

"Apa yang berlaku hanya kerana saya menyentuh perkara membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenapa Anwar tidak boleh disentuh langsung?"

"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan."

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok (semalam), saya antara orang Pas yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri.''

"Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang 'meragukan', sebaliknya Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat lebih layak memegang jawatan itu.''

"Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) untuk pecat saya. Macam mana orang Pas boleh ditunjuk sedemikian rupa. Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga Pas."

''Saya tahu keputusan pemecatan ini kerana mahu menjaga hati pihak tertentu. Saya tidak menduga dikenakan tindakan drastik yang pertama kali berlaku sepanjang 15 tahun saya menyertai Pas."

"Apa guna menggunakan nama parti Islam jika kita sendiri tidak mengamalkan prinsip keadilan. Saya tidak dipanggil untuk memberi keterangan seperti sebelum ini, sebaliknya terus dipecat berkuatkuasa serta-merta."

"Perkembangan terbaru ini menunjukkan usaha pihak tertentu menyingkirkan saya akhirnya berjaya tetapi saya tidak menyangka ia berlaku dengan cepat."

"Apa pun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini."

2 comments:

Anonymous said...

Maka tanggunglah dosa parti yg mengangkat orang yg munafiq menjadi pemimpin mereka.

Nam Ron said...

Hassan Ali ni kalau mahu dilihat sebagai pejuang islam tulen kena lah jadi macam As-syahid Hassan Al Banna, bukan jadi Hassan Kepala Bana yang bagai pelesit menabur fitnah sana sini!....kahkahkah!!!

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...