PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, November 2, 2011

SI BAJU KUNING MENGAMUK, UMNO JUGA DIPERSALAHKAN..!!?



Lim Guan Eng buat hal lagi kononnya UMNO terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan membantah kepimpinannya semalam. Dakwaan itu adalah ibarat 'cakap ikut suka hati' kerana LGE tidak mempunyai sebarang bukti.

Guan Eng telah membuat tuduhan kononnya UMNO terlibat dalam perarakan itu sedangkan ianya dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).

Semalam, polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim. Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning bertuliskan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".

Guan Eng berkata, beliau kini "mula gentar apabila golongan mat rempit" juga menentang kerajaan negeri dan menyifatkan perbuatan mereka itu didalangi oleh UMNO kerana terdapat perkataan "LGE Rasis".

Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pula berkata Guan Eng tidak perlu khuatir dan bersangka buruk terhadap golongan anak-anak muda itu sebaliknya harus berusaha mendekati dan memenuhi permintaan mereka.

"Mereka hanya meminta disediakan trek lumba, jadi kerajaan negeri haruslah berusaha supaya mereka berpeluang menjadi pelumba profesional," katanya.

Sementara itu, seorang aktivitis sosial yang kecewa dengan Guan Eng, bertindak berdiri dengan memegang kain rentang di depan bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Tindakan Hii Tiong Huat, 60, yang berdiri dengan memegang kain rentang bertulis 'Tolak YB terima dua gaji ADUN dan MP; YB perlu full time' menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan berkenaan.

Hii menggesa Guan Eng dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga menjadi Ahli Parlimen agar menumpukan tugas mereka sebagai ADUN dan tidak tamak dengan memegang jawatan berganda.

"Jangan tamak pegang sampai dua atau tiga jawatan dan pada masa sama menikmati faedah serta gaji yang banyak sedangkan gagal berkhidmat dengan berkesan," katanya kepada pemberita.

Hii berkata, Guan Eng tidak seharusnya memegang terlalu banyak portfolio dalam kerajaan negeri kerana ia menjejaskan jentera pentadbiran kerajaan.

1 comment:

Anonymous said...

meluat tengok...TAK TAU LAA SEKARANG KENAPA KALAU TENGOK AHLI hamPAS, MACAM TENGOK MUKA AHLI DAPig LANCAU PULAK... KEMBAR SERUPA KOT...

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...