PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, November 16, 2011

MB AZIZAN KATA SEMUA BINGAI..!!!


Azizan kata kita semua bingai. Menteri Besar itu kata dia pandai. Katanya kita roboh madrasah berusia 100 tahun itu, kita bina kompleks beli-belah dan kita buatlah surau di bawah bangunan itu. (Di atasnya ada apa?)

Tak apalah kita semua bingai. Apa yang Azizan itu cakap samalah seperti kita robohkan Masjid Zahir, kita bina kompleks beli-belah di atasnya dan kita buat surau yang indah-indah di dalamnya.

Bolehkah kita perdengarkan azan di dalam kompleks beli-belah itu, sama seperti madrasah itu sekarang? Jika sebuah surau lain dibina di bawah bangunan atau di tapak lain, adakah sama dengan Madrasah Salihiah berusia 100 tahun itu?

Kita bukan nak beremosi di sini. Cuba kita bandingkan dengan senario ini: Pas pernah melancarkan kempen Kerajaan Selangor Zalim sekitar 2003 kerana kononnya Menteri Besar ketika itu, Dr. Khir Toyo mahu menamatkan tauliah solat Jumaat sebuah surau sementara dan merobohkannya di bawah sebuah pangsapuri lima tingkat di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.

Persoalannya, itu hanyalah surau berdindingkan plywood yang didirikan, sementara sebuah masjid iaitu Masjid Al-Hasanah siap dibina.

BACA SETERUSNYA
KLIK DISINI

2 comments:

cacamarba said...

biasa la bro..kita x pandai mcm dia..dia kan pandai putaq belit..

Anonymous said...

inilah padahnya kalau dah berkuasa, agama pun sanggup dijual...

baguslah kalau kerajaan yg buat heboh satu dunia puak2 ni pukul canang kata kerajaan zalim/kafir konon robohkan surau yg dibuat secara pasang siap...

tp bagi puak2 Pas ni siap nak robohkan bangunan kekal dan rampas tanak wakaf boleh pulak, halal pulak siap maki org yg membantah lagi...

bagus la tu buat tempat solat dibawah pusat membeli belah, atasnya ada apa, kita pun faham apa yg ada...

agak2nya mcm mana azan tu nanti ye.. nanti ada org kafir bantah pla...
agak2 ada ke org islam yg dah tua makcik pakcik berhampiran dtg ke pusat membeli belah setiap hari mcm biasa utk solat dan kanak2 dtg belajar fardu ain dlm keadaan sesak, tersorok, bising apatah lg pd waktu malam dan subuh..

sepatutnya bangunan madrasah tu kerajaan Pas yg kononya islam tu ditambah baikan lagi tp pelik kena roboh pulak....

kuil dan tokong dlm bandar berdiri megah malah dibantu tp utk masyarakat islam madrasah nak dirobohkan oleh kononnya pemimpin islam...

TAHNIAH PAS KERANA MEMBANGUN BERSAMA ISLAM YANG HANYA TINGGAL NAMA SAJA, KENYATAANNYA ISLAM SEMAKIN RUNTUH DIBAWAH KEPIMPINAN PAS

politik, kuasa, wang, pangkat dan segala2nya telah mengabui mata pemimpin Pas sehingga pejuangan asal utk membela islam telah hancur... digadaikan...

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...