PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, October 1, 2011

USTAZ MUNAFIK MAIN WAYANG DALAM MASJID..!!!




Tidak tahan dengan sikap seorang imam di Masjid Lama Batu 6 di Kampung Kerdas, Gombak dekat sini, yang sering menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik dan memburuk-burukkan kerajaan, lebih 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi mengusir imam terbabit hari ini.

Demonstrasi aman sambil membawa sepanduk itu diadakan di pekarangan masjid berkenaan, selepas solat Jumaat, kira-kira pukul 2 petang. Ketua Kampung Kerdas, Zakaria Mohd. Yusuf mendakwa, imam berkenaan, Wan Mohd. Nasir Wan Abd. Wahab telah bersikap biadab apabila menghina dan mencemuh jemaah termasuk warga emas.

Jelasnya, selain itu, Wan Mohd. Nasir turut memperlekehkan martabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan mengatakan teks khutbah Jumaat yang dibekalkan ketinggalan zaman.

"Dia lebih selesa membaca khutbah yang diolah sendiri dengan menyelitkan isu sensitif dan fahaman politik. Dia juga menghasut dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat," katanya ketika ditemui di pekarangan masjid itu.

Menurutnya, semua tindakan imam itu dilakukan ketika dia menyampaikan tazkirah dan khutbah Jumaat. Selain itu, Zakaria memberitahu, Wan Mohd. Nasir turut memburukkan imam satu masjid berkenaan, Habib Hashim dengan menuduhnya terbabit menyeleweng wang masjid tanpa bukti.

"Dia menggunakan pembesar suara untuk menyerang Habib sehingga kedengaran di persekitaran Masjid Lama Batu 6, Gombak," katanya. Perbuatan Wan Mohd. Nasir itu mengundang kemarahan dan rasa tidak puas hati penduduk kampung dan sekitar yang menggunakan masjid itu untuk beribadat.

Zakaria berkata, selaku wakil penduduk kampung dan sekitar, pihaknya berharap Jabatan Agama Islam Daerah dan JAIS supaya mengambil tindakan sewajarnya terhadap Wan Mohd. Nasir.

Jelas beliau, kehadiran Wan Mohd. Nasir selaku imam kedua masjid berkenaan hanya akan mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara jemaah dengan rumah suci itu.

7 comments:

Anonymous said...

Penduduk sudah berani buat demonstrasi aman bantah pihak yang menjadikan masjid tempat menjatuhkan sesama Islam. Mungkin mereka sudah bersabar lama sebelum tindakan itu diambil. DYMM Sultan Selangor sudah lama keluarkan larangan berpolitik dalam masjid. Selepas ini mungkin penceramah pro pembangkang akan lebih berhati-hati bila buat ceramah di masjid atau disurau.

abang jamil said...

Syabass penduduk kampung tu. macam nilah yang kita mau bukan perpecahan.

Anonymous said...

Syabas penduduk di Masjid Lama Batu 6,Kampong Kerdas, Gombak yang telah turut serta membuat demonstrasi bagi mengusir Imam Masjd yang dianggap oleh mereka sebagai baidab.

Ini lah satu cara penduduk khairah masjid untuk menunjukkan bahawa bukan semua orang sependapat dengan puak-puak pro PAS ini. Kalau mereka boleh kurang ajar dengan kita kenapa tidak kita pun boleh berbuat semikian.

Diharapkan demonstrasi ini akan berjangkit ke khairah-khairah lain yang mempunyai imam yang sebegitu.

PAS memecah belahkan masyarakat, PAS tidak layak menjadi pemerintah di mana-mana negeri pun di Malaysia ini.

Mereka menggunakan Agama demi politik sempit.

Warga sebelum merdeka

Anonymous said...

Syabas dan tahniah kepada jemaah Masjid Lama Batu 6.
Harap jemaah di masjid-masjid lain yang menghadapi masaalah yang sama dapat mengikuti jejak anda sekelian.

Anonymous said...

aku harap mana mana tempat lain pelu lakukan langkah ynag sama dan dijadian contoh pada semua tempat di malaysia...mana2 imam plastik perlu didedahkan kasi ajar imam ni....sebarkannnnn

Dot said...

cukup2la tu penceramah2 pas!

jgnla gunakan masjid utk burukkan kerajaan sedangkan masjid2 hampir kesemuanya didirikan oleh kerajaan utk orang ramai beribadat setiap hari, bukannya utk kamu berpolitik hingga semua benda ikut kehendak puak2 kamu shj! mana janji kamu utk meninggikan syiar Islam jika asyik memaki hamun mencerca orang lain yg tak sehaluan?

penceramah2 pas sebenarnya betul2 suka memutarbelitkan ayat2 Allah utk kepentingan politik & peribadi mrk shj. kalau tengok keadaan mrk yg berceramah tu memang mrk kaya raya dgn duit derma ahli2 mrk!! senang2 sj mrk bergerak ke sana sini dgn kereta2 mewah semata2 utk berceramah saban hari, siang & malam!! senangnya hidup mcm tu! hafal sikit ayat2 yg boleh 'kenakan' orang, dah boleh jadi ustaz pas!!

dah lama dah perhati...

Jaya Tee said...

Kalau pun nak kata kerajaan zalim dan kejam, kenanglah sikit budi kerajaan yang telah membina masjid-masjid, sekolah agama dan tahfiz. Kita mengutuk dan mencaci tanpa kita sedari bangunan yg kita gunakan dibina oleh org yg kita caci dan kutuk tu. Manusia jenis apakah yang sanggup berbuat demikian. Kalau ditanya mereka akan kata itu tanggungjawab kerajaan...makanya secara tidak langsung mereka mengakui kerajaan sekarang bertanggungjawab! Saya sarankan agar Imam tersebut beli tanah sendiri lepas tu dirikan madrasah atau surau dan lepas tu dia nak kutuk sesiapapun terpulanglah. Hanya Tuhan saja yg akan membalasnya

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...