PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, October 8, 2011

SYABAS NAJIB, MEMANG BERANI..!!!?


Pemansuhan yuran sekolah rendah dan menengah sebagai keputusan berani oleh kerajaan untuk menanggung sepenuhnya kos pendidikan negara dan keputusan tersebut merupakan langkah ke depan seperti yang dilakukan di negara maju.

Ini adalah langkah ke arah persediaan sebagai negara maju seperti yang disasarkan menerusi gagasan 1 Malaysia: Rakyat Dahulukan, Pencapaian Diutamakan dan keputusan itu membuktikan komitmen kerajaan.

Pemansuhan ini membuktikan bidang pendidikan adalah sektor terpenting negara dalam melahirkan modal insan yang memiliki sifat warga glokal kelas pertamalangkah kerajaan dalam memansuhkan yuran tersebut yang dibentangkan pada Bajet 2012.

Langkah itu adalah cerminan kerajaan dalam melaksanakan proses transformasi yang dirangka sebelum ini semata-mata untuk kesejahteraan rakyat. Diingatkan juga bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan yuran atau bayaran persatuan itu.

Langkah tersebut hanya akan menggagalkan usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat dan dilihat seolah-olah mahu mengambil kesempatan.

2 comments:

Anonymous said...

pemansuhan yuran persekolahan memasng bagus...kalau naikkan
yuran PIBG lagi bagus...dapatlah
aktifkan program mentransfomasikan
PIBG dan aktiviti yg dijalankan
seperti perjumpaan,mesyuarat,sukan,
motivasi,kaunseling dan tiusyen kepada pelajar lebih kerap..dengan
penyertaan ibubapa serta komuniti lebih bertanggungjawap,sokongan dan idea
mantap!!!

Anonymous said...

bagus sbb jalankan tanggungjawab sebagai PM Malaysia... entry nie banyak puji PM kita..
saya tertggu2 anda menulis entry pasal hukum hudud... ape pandangan anda wahai bloger yg berani?

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...