PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, October 4, 2011

GUAN ENG JANGAN JADI BIAWAK HIDUP...!!!



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jangan menjadi ahli politik murahan dan hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mahu bertanggunjawab terhadap apa yang telah dinyatakan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Datuk Idris Haron berkata, sebagai seorang ahli politik, Guan Eng perlu konsisten dan bertanggungjawab kerana apa yang dilaporkan itu mempunyai bukti yang sahih terhadap apa yang berlaku.

"Saya nak ingatkan Guan Eng dengan pepatah Melayu `terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya, jangan jadi ahli politik murahan, cakap lain buat lain, semuanya ada bukti sahih, takkan nak nafikan lagi.

"Sudah menjadi kebiasaan pembangkang, buat kenyataan sesuka hati, mereka ini pemimpin hipokrit, akan salahkan orang lain apabila tertekan dan cuba lepaskan diri, nafikan apa yang dikatakan," katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, pemimpin seperti Guan Eng tidak harus dihormati kerana tidak mempunyai pendirian dan akan cuba mencari helah untuk menunjukkan dirinya sebagai pemimpin yang baik dengan meletakkan kesalahannya kepada orang lain.

"Kalau dia rasa tak bersalah mengapa dia mohon maaf kepada Sultan Johor, inilah tabiat pemimpin pembangkang, bukan sahaja dalam DAP malah pemimpin pembangkang lain sama sahaja seperti Mat Sabu dan Anwar Ibrahim.

"Adalah malang bagi DAP dan pembangkang mempunyai pemimpin seperti ini, lagi banyak mereka bercakap lagi banyak kesilapann yang mereka buat, mereka ini semuanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mampu untuk melaksanakannya," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu berkata pemimpin sebegitu tidak layak untuk menjadi pemimpin dan rakyat pula menolok pemimpin sebegitu kerana boleh membawa keburukan kepada negara jika mereka menjadi pemerintah.

"Pemimpin yang tidak konsisten tidak harus diberi peluang, bagaimana untuk teraju negara kalau mereka sendiri tidak konsisten, mereka ini tidak harus diberi peluang pada pilihan raya nanti kerana merugikan kita semua," katanya.

Tegasnya, lebih banyak pemimpin pembangkang yang bersikap seperti Guan Eng, adalah lebih mudah kepada Barisan Nasional untuk menerangkan kepada rakyat supaya tidak memilih pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana mereka ini hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu merealisasikan apa yang dikatakan.

Idris berkata, rakyat tidak harus menyokong pemimpin sebegini kerana mereka itu boleh diibaratkan seperti menolong biawak hidup kerana tidak tahu menghargai sebaliknya menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat seperti apa yang berlaku di negeri yang diperintah oleh pembangkang. -MediaUMNO

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...