PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, September 11, 2011

KALAU GUNA HUDUD HAMPAS, DAH KENA POTONG TANGAN NI...!!!



Saya terkilan dengan layanan diberikan anggota polis terhadap anak saya hingga menyebabkan dia cedera di muka dan mata kiri. “Malah, anak saya turut lebam di kakinya selain patah satu batang gigi akibat ditendang anggota berkenaan ketika soal siasat, Rabu lalu,” kata Manap@Awang Ismail, 63, bapa kepada Mohd Azam Manap, 31, yang mendakwa cedera dibelasah seorang anggota polis ketika dalam tahanan.

Sebelum ini, Mohd Azam yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di rumahnya di Pekan Tepoh, di sini, jam 2.30 pagi Selasa lalu oleh sepasukan polis selepas dipercayai terbabit dalam satu kes curi. Ketika menceritakan kejadian itu, Mohd Azam mendakwa insiden itu berlaku dalam tempoh 15 minit apabila dia ditendang beberapa kali.

“Saya bukan saja dibelasah tanpa belas, malah anggota terbabit turut menyapukan darah di lantai ke muka saya menggunakan mop lantai. “Ketika itu ada beberapa orang dalam bilik berkenaan. Namun, hanya seorang membelasah saya. Dia hanya berhenti memukul selepas melihat keadaan saya tidak bermaya,” katanya.

Selain dipercayai terbabit dalam kes curi, Mohd Azam ditahan kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Bagaimanapun, Mohd Azam dibebaskan selepas diikat jamin Khamis lalu. Akibat kecederaan itu, Mohd Azam mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Manap, anggota berkenaan tidak sewajarnya menggunakan kekerasan ketika menjalankan soal siasat walaupun anaknya ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes curi. “Sebagai bapa, saya sedih apabila anak saya diperlakukan sedemikian. Jika dia bersalah sekali pun, anggota berkenaan perlu mengikut undang-undang dan bukan bertindak sesuka hati.

“Mujur doktor memaklumkan keadaan anak saya tidak serius walaupun ketika ini penglihatannya ada kalanya kabur. Berikutan kejadian ini, saya membuat satu laporan di Balai Polis Kuala Terengganu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

4 comments:

Anonymous said...

aku pon tak setuju polis buat macam tu. patutnya polis tangkap dan ajak pergi pulau perhentian kemudian gosok gosok dan bagi dia minum dan makan secukupnya.bagi dia rehat di hotel lima bintang. baru padan dengan kes mencuri dan dadah. ini tidak di pukulnya. kan tak adil kan kan kan.mangsa curi biar kan dia rugi ka nak mati kena bunuh ka,asal kan pencuri di selamatkan,lepas makan rehat secukupnya cari batu besar dan ikat pada kaki kemas kemas dan bawa pencuri tersebut ketengah laut dan dan biar kan dia jatuh ketengah laut dan jadikan habuan yu. insaya Allah semua nya selesai. buat macam negara jiran tangkap dan Ghaibkan.

Anonymous said...

aku tak setuju la polis belasah tu..
patutnya bagi mangsa curi dan keluarga dia yang belasah sampai patah riuk. sure tobat tak nak mencuri lagi tu.. hehehe
dgn penjenayah ni, toksah kesian2. balun je!!!

Anonymous said...

kenapa jenayah berlaku terlalu banyak kat negara kita sekarang?
sekarang kalau polis tangkap penjenayah..polis yang salah..
penjenayah sekarang kena layan macam VIP.
ambil saja contoh perhimpunan BERSIH baru2 ni..pengganas2 BERSIH dilayan dengan makan minum dan dihantar pulang dengan penuh hormat(hadi pengkhafir umat islam).
sebab itulah sekarang ini penjenayah dah tak takut dengan undang2..
bapa dan keluarga penjenayah berbangga jika anak2 mereka jadi penjenayah..
kalau dah perangai macam setan jangan lah salahkan polis.
lain kali..kalau tangkap penjenayah..tak payah masukan ke lokap dan soal siasat..
masukan saja dalam guni dan buang ketengah laut.
biar dia mampos.mana ada penjenayah mengaku salah.



.

Anonymous said...

jangan dok salah orang lain. anak hang yang buat salah tak nampak. awat kalau polis nak tangkap seseorang penjenayah tu kena pujuk mcm kita pujuk anak2 kecil. pigiraah. kalau dah penyangak tu jangan la dok bela sangat. orang lain pun ada anak juga tapi kalau salah kena terima juga dan jgn dok salah org lain. penyangak ni kalau dok bela nanti mak bapak pun dia bunuh. kalau dah jadi tahap tu baru nak sedar. padan muka. kalau aku aku tibai cukup2 baru dia tau langit tinggi rendah.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...