PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, August 20, 2011

BERITA BAIK BUAT SELUROH RAKYAT MALAYSIA....!!!




PADA 30 dan 31 Ogos ini, bersempena perayaan Aidilfitri, 24 lebuh raya bertol di seluruh negara memberi diskaun antara lima hingga 37.5 peratus kepada pengguna.

Lebuh raya tersebut termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan dan Kuala Lumpur-Karak, dua lebuh raya utama yang dijangka menampung jumlah pengguna yang tinggi ketika itu, yang kebetulan turut jatuh pada Hari Kemerdekaan negara.

Lebuh Raya Latar di Selangor yang baru dibuka pula bersetuju memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos manakala Lebuh Raya LDP tidak akan mengenakan bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam hingga 11.59 tengah hari.

Secara mudah, kadar diskaun tersebut, sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban orang ramai yang pulang ke kampung, yang pastinya memerlukan belanja yang lebih besar.

Ia juga sejajar dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara yang baru diumumkan yakni untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat.

Pada segi lain jumlah diskaun yang dikeluarkan adalah besar sebenarnya memandangkan bilangan kenderaan di jalan raya pada musim perayaan lazimnya meningkat dua kali ganda berbanding hari-hari biasa.

Pengurangan bayaran tol tidak pula bermakna pengguna jalan raya boleh bertolak ansur dengan aspek keselamatan, lebih-lebih ketika jumlah trafik meningkat.

Semuanya akan bermakna jika kita melakukan perjalanan dengan selamat dan dapat bertemu sanak saudara pada hari lebaran ini.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...