NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, August 8, 2011
500 "AH LONG" BAKAL DIKENAKAN KOMPAUN..!!?
Bermula awal tahun sehingga Jun lalu, sebanyak 500 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik nombor telefon yang nombor mereka tertera di pelekat iklan haram sama ada iklan pinjaman wang atau pusat tuisyen.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz, berkata semua nombor telefon itu dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dulu bagi mendapatkan nama dan alamat pemilik nombor berkenaan.
Kompaun RM100 sehingga RM2,000 dikeluarkan kepada pemilik nombor telefon terbabit mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah persekutuan) bergantung kepada saiz iklan yang ditampal pada tempat awam termasuk pokok, papan tanda jalan serta tiang lampu.
Jika pemilik nombor telefon berkenaan tidak memberi sebarang maklum balas selepas sebulan dikompaun, tindakan seterusnya iaitu mengeluarkan surat mahkamah pula diambil.
Mohd Amin Nordin berkata, dari semasa ke semasa DBKL akan terus menghantar nombor telefon yang terbabit dengan iklan haram berkenaan ke SKMM dan memberi tanggungjawab kepada suruhanjaya itu untuk membatalkan semua talian yang dilaporkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Inilah gambar dizaman Ago-go dulu, lebih rock dan kacak merambu. Asal usul seorang ulama politik pemimpin Kelantan, bukan apa, janganla...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Ini satu lagi manusia yang tidak sedar dek untung, ada ke patut keputusan mahkamah dipertikaikan diluar mahkamah. Seorang perempuan yang ...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...



2 comments:
Salam Bro. Bagus jugak buat begitu. Sakit mata tengok pelbagai iklan haram yang ditampalkan. Patutnya ada pagar elektrik di situ supaya si penampal tu terkena renjatan elektrik.
Syarikat yang mengupah pekerja dan budak-budak untuk menampal stiker dan menghantar risalah juga patut di ambil tindakan. Mereka juga mengupah budak-budak bawah umur. Tujuan mereka tampal asalkan nampak.
Post a Comment