PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, July 24, 2011

PEREMPUAN IPTA BERPURDAH BERTUDUNG MAKI-HAMUN POLIS



Sejak dulu lagi jangan kita menilai seseorang melalui pakaian yang dipakai terutamanya kaum wanita. Sebahagian kaum wanita pandai berlakon, sesetengah tu berjalan semut pun tersenyum kalau dipijak sebab penuh lemah gemalai, tetapi hakikatnya perangai, Allah sahaja yang tahu.

Beberapa rakan menceritakan bagaimana sekumpulan gadis dari institusi pengajian tinggi (IPT) memaki hamun polis ketika menyertai perhimpunan haram Bersih baru-baru ini. Apa yang memalukan, mereka ni bukannya pakai jeans ketat atau baju singkat bila nak duduk pun susah tetapi mereka ini pakai purdah atau bertudung labuh.

Penjelasan isu kenyataan yang memeranjatkan terhadap perhimpunan haram "BerSHIT"...
KLIK DISINI

Yang berpurdah tu kalau tengok mata sahaja, dah tahu mereka cantik-cantik, tetapi malangnya mulut mereka semasa memaki hamun polis yang menjalankan tugas menjaga keamanan pada hari itu, masya Allah, kalau hantu raya dengar dia pun lari lintang pukang.

Menurut cerita kawan-kawan, ada gadis bertudung labuh atau berpurdah itu bukan setakat memaki hamun, malahan meludah polis. Lebih teruk lagi, kelompok ini yang mengaku memperjuangkan Islam dan meletakkan diri mereka sebagai muslimah sejati melemparkan perkataan lucah.

Bila dengar sahaja cerita ni, menyirap darah, bukan apa, kalau betul mereka berpegang kepada perintah Islam maka mereka perlu jaga perilaku. Buat apa bertudung labuh atau berpurdah serta berjubah, kalau mulut macam 'mak lampir' sehingga seorang kawan berkata mulut puak-puak yang kata Islam sangat itu lebih teruk daripada perempuan kat rumah urut.

Cuba lihat contoh video dibawah melibatkan mulut "Mak Lampir"...




Puak yang bertudung labuh atau berpurdah itu jadi macam tu kerana ketaksuban dan sudah disirami politik kebencian yang melampau. Bagi mereka, orang yang tidak sehaluan politik dengan mereka perlu ditentang sebab tu mereka tergamak memaki hamun orang.

Kasihan mak bapa mereka, hantar anak pi menuntut ilmu kat IPT tetapi kesudahannya jadi "minah demo jalanan" terpekik terlolong sampai hilang tata susila sebagai seorang muslimah.

- KUCING HITAM




No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...