PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, July 25, 2011

PELUANG PAKATAN PR KEMUKAKAN BUKTI....!!!

BUKTI PERHIMPUNAN HARAM BERSIH GANAS

Pihak polis telah memberikan peluang terhadap pakatan PR yang kononnya mempunyai bukti melakukan keganasan terhadap perhimpunan haram jadah bersih. Untuk pengetahuan pakatan haram, jikalau peserta memberikan kerjasama, mereka akan dilayan sebaik mungkin.

Tetapi apabila peserta perhimpunan haram jadah bersih meronta-ronta dan agresif membuat tindakakn cuba meloloskan diri, pihak polis terpaksa bertegas untuk menangkap mereka yang terlibat.

Pakatan PR sekarang boleh menunjukkan bukti jikalau didapati benar dan sahih pihak berkuasa bertindak ganas terhadap mereka. Apa lagi blogger pencacai pakatan haram, tunjukkanlah bukti yang telah kamu edit tu, ada berani..??

KUALA LUMPUR 25 Julai — Mana-mana individu yang membuat laporan palsu terhadap tindakan pegawai dan anggota polis semasa perhimpunan haram 9 Julai lepas akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, jika disabit kesalahan, mereka akan dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

"Sekiranya siasatan mendapati perkara yang diadukan dalam laporan polis adalah tidak benar, polis tidak akan teragak-agak mencadangkan tindakan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya ketika ini, pihaknya telah menerima tujuh laporan berhubung tindakan pegawai dan anggota polis semasa perhimpunan.

Beliau berkata, kesemua laporan akan disiasat secara professional dan telus mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan. - Bernama

4 comments:

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Kalau boleh bior le yang buat laporan palsu tu raya puasa dan raya haji kat jel. Kot-kot nanti insaf bila tengok anak bini datang bawak ketupat.

Anonymous said...

Dorang sekarang nak buktikan yang kasut FRU pakai ketika mengawal perusuh sama dengan kasut yang diguna pakai oleh tentera Israel ketika menyerang rakyat Palestine.

Anonymous said...

Kaedah Biometrik

Saya selaku rakyat Malaysia dan pengundi yang berdaftar, mencadangkan SPR supaya “pembaca kad biometrik” disambungkan kepada sebuah monitor besar atau skrin besar di setiap saluran mengundi.

Melalui kaedah ini, semua wakil calon dan pegawai pihanraya dapat melihat semua maklumat yang tertera di dalam kad tersebut.

Kaedah ini dapat dirasakan lebih telus dan dapat mengelakkan SPR dari dituduh tidak telus. Biarlah SPR mengeluarkan lebih belanja untuk menggunakan monitor besar atau skrin besar daripada SPR ditohmah, dihina dan dikutuk kerana tidak telus.

Anonymous said...

Habis la macam ni, VIDEO TRUTH THAT CANNOT BE COVERED - PART 2!! dah keluar pulak!!! Sila pergi ke link ini:

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=isuDA_9aDT4

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...