PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, July 26, 2011

AMERIKA PUJI MALAYSIA...???



Kemampuan Malaysia dalam menyediakan bekalan air bersih dan selamat mendapat pujian daripada Wakil Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Sains ke Asia Selatan dan Asia Tenggara, Dr. Rita R. Colwell.

Colwell berkata, Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi peneraju antarabangsa kerana mempunyai keupayaan teknologi secukupnya dalam bidang berkenaan.

Beliau yang juga Profesor di University of Maryland dan Johns Hopkins University kini dalam rangka kerja selama seminggu bagi menjalin usaha sama dengan Malaysia berhubung kemajuan sains dan teknologi khususnya dalam sektor air.

Menurutnya, ia sebahagian daripada perutusan Presiden Barack Obama untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara Islam.

Ditanya mengenai bentuk kerjasama, Colwell berkata, satu kertas cadangan akan dikemukakan kepada kerajaan Amerika Syarikat bagi membolehkan perkongsian makmal dalam bidang penyelidikan dan kejuruteraan air antara kedua-dua negara.

"Amerika dan Malaysia juga bakal mengadakan kerjasama melalui program pertukaran pelajar serta tenaga pengajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Ia bagi membolehkan kedua-dua negara mendapat manfaat serta berkongsi informasi teknologi kejuruteraan air," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Zaini Ujang di kampus UTM di sini, hari ini.

Sementara itu, Zaini berkata, kerjasama Malaysia-Amerika akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara khususnya dalam penggunaan makmal penyelidikan yang selalunya memerlukan kos yang tinggi.

"Ini kerana setiap penyelidikan yang dilakukan akan menelan perbelanjaan sehingga RM15,000 dan jumlah itu menjadi satu kekangan kepada pelajar," jelasnya.




No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...