NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, July 1, 2011
BERSIH : BERDOSA BESAR HANCURKAN NEGARA
Umat Islam dilarang membabitkan diri dalam semua perkara yang disedari boleh menjurus kepada perpecahan ummah dan kehancuran negara termasuk demonstrasi seperti perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini sekiranya ia juga boleh membawa mudarat.
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, adalah berdosa besar jika umat Islam terlibat dalam perkara-perkara yang membawa kesan buruk kepada diri sendiri.
"Sebenarnya Islam sentiasa menggalakkan umatnya berusaha ke arah perpaduan dan keharmonian, bukannya melakukan kerosakan sehingga memecah-belahkan perpaduan dan menjejaskan syiar agama," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu 2011 di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan umat Islam serta rakyat pelbagai kaum di negara ini supaya sentiasa berbaik-baik sekali gus mengelak pertelagahan sesama mereka.
"Kita perlu jaga atau tingkatkan hubungan baik, dalam Islam kita dilarang melakukan kerosakan dan perpaduan pula jangan dipisahkan kerana ia adalah dosa besar," katanya.
Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Jabatan Mufti Negeri Terengganu itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. Turut hadir Mufti Negeri Terengganu, Dr. Alias Abdullah.
Menurut Abdul Shukor, umat Islam sepatutnya lebih menumpukan kepada cara untuk bersatu padu serta membangunkan diri agar menjadi umat yang bertamadun dan dihormati.
Ditanya adakah isu berkaitan perhimpunan haram Bersih itu akan dibincangkan dalam Fatwa Majlis Kebangsaan, beliau menjelaskan, pihaknya tidak bercadang berbuat demikian.
"Buat masa ini, kita tak akan bincang, tetapi kalau ia merosakkan, ia adalah dilarang dalam Islam," ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Inilah gambar dizaman Ago-go dulu, lebih rock dan kacak merambu. Asal usul seorang ulama politik pemimpin Kelantan, bukan apa, janganla...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...


2 comments:
Selamatkan Malaysia!
Tuntutan Bersih 2.0:
1] BERSIHkan Senarai undi
2] Mereformasikan Undi Pos
3] Penggunaan Dakwat Kekal
4] Akses Media yang Bebas dan Adil
5] Tempoh Kempen Minima 21 hari
6] Kukuhkan Institusi Awam
7] Hentikan Rasuah
8] Hentikan Politik Kotor
Jom Berubah....Yang berani berubah akan turun 9hb Julai 2011.
Yang takut akan bebal dulu, kini dan selamanya.
yang keldai tu pergi la bersihkan diri yang kotor tu...bodoh...!!!
Post a Comment