NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, July 2, 2011
BAJU BIRU BAKAL BENAMKAN BAJU KUNING PADA 9 JULAI...!!!
Kalau penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini terus berdegil, maka ibu kota akan diwarnai penyokong-penyokong berbaju kuning, merah dan putih.
Setakat ini kita dimaklumkan bahawa para penyokong Bersih 2 yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli-ahli Pas, PKR dan DAP akan memakai baju kuning.
Secara kebetulan atau memang dirancang, pemilihan warna kuning itu juga dipakai oleh kumpulan baju kuning yang anti kerajaan di Thailand.
Bagaikan meniru gaya demonstrasi di Thailand, di Kuala Lumpur juga ada kumpulan baju merah. Khabarnya Pemuda Barisan Nasional (BN) berbaju merah dijangka mengumpul seberapa banyak ahli untuk menyertai Himpunan Patriot (Patriot) yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO pada 9 Julai ini.
Tidak cukup dua kumpulan baju berwarna seragam, warga Kuala Lumpur juga akan menyaksikan satu lagi kumpulan yang akan membanjiri jalan-jalan di ibu kota. Dengan memakai baju T berwana putih, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan mengetuai 57 NGO melalui Gerak Aman untuk mempertahankan keamanan negara daripada tindakan kumpulan Bersih.
Tiga kumpulan baju berwarna ini sedang berkempen untuk mengajak orang ramai turun ke jalanan pada Sabtu, 9 Julai depan. Masing-masing sedang mengumpul kekuatan. Baju Kuning mahu mengumpulkan lebih 300,000 orang. Kumpulan Baju Merah berusaha untuk menambahkan lagi penyokong dan mereka baru menerima sokongan 20,000 ahli.
Kumpulan Baju Putih pula jangan dipandang rendah keupayaannya untuk mengumpul tenaga sokongan dalam jumlah yang besar.
Melihat perkembangan ini, apakah Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia sekadar memerhati apa yang sedang berlaku sekarang?
Ketika tiga kumpulan baju berwarna kuning, merah dan putih sedang menunjukkan kekuatan, jangan pandang lekeh kepada kumpulan baju berwarna biru. Sekarang pun kumpulan Baju Biru sedang menggerakkan risikan dan siasatan. Silap langkah ketiga-tiga kumpulan bakal ditewaskan oleh kumpulan baju biru.
Apa pun, kumpulan paling ramai dalam empat kumpulan baju berwarna ini ialah bangsa kita, Melayu. Yang beriya-iya mahu adakan himpunan haram itu ialah bukan Melayu.
Rasa malu apabila Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan berkata perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini jika diteruskan dikhuatiri menjadi medan perpecahan sesama orang Melayu yang terbesar dalam sejarah negara.
Lebih malang bagi orang Melayu katanya, gelombang perpecahan itu berpunca daripada usaha memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.
Hairan juga kenapa kaum-kaum lain tak mahu masuk campur dalam demonstrasi Bersih. Mereka tahu ia tak membawa keuntungan sebaliknya banyak merugikan dari segi keselamatan, ekonomi, politik dan imej negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Setelah sekian lama, merata tempat siang malam Bob Lokman berceramah kutuk kerajaan, bantai KERAJAAN kata tak betul, haram, zalim dan se...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
GAMBAR BIASAN Panas...!!! Memang Panas...apabila Eskay sendiri telah membuat kenyataan yang beliau dan Anwar memang berada disitu. E...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Harap belajar je tinggi tapi kebodohan tu nampak jelas ketara apabila anak Anwar ni membuat ulasan mengenai penurunan cukai pendapatan...
-
Apabila video seks Anwar part 1 didedahkan, Kak Wan meraung marah mengatakan bukan Anwar. "Itu bukan Anwar", kata Wan Aziz...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Saya tak pernah terfikir untuk berkahwin dengan suami orang, malah setiap kali selepas solat saya berdoa agar dijauhkan daripada berkongsi...
3 comments:
BAJU BIRU KEPALA MERAH SEDANG SIAP SEDIA DENGAN ASAP KEMEYAN DAN AIR MAWAR KUNING
Harap melayu sama melayu ada yang mati..maka barulah nak sedar dari tidur...Teruskan..jahanamkan baju kuning..
Jaga-jaga kalau terlampau phobia dgn kaler kuning...nanti di traffic light tengok lampu kuning ja terus jalan...hijau ngan merah jer ambil kira...
Post a Comment