PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, July 8, 2011

ANWAR DILARANG TURUN KUALA LUMPUR...!!!!



Penganjur perhimpunan haram jadah "Bersih" Ambiga dan dalang sebenar perhimpunan haram Anwar adalah antara 91 orang yang dilarang berada di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dari pukul 8 pagi hingga 6 petang Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah untuk melarang mereka ini, iaitu 66 orang daripada Bersih, 14 daripada Perkasa dan 11 daripada Himpunan Patriot.

Pemimpin pembangkang yang turut dilarang ialah Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; veteran DAP Lim Kit Siang; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, katanya pada sidang berita di pejabatnya di sini hari ini.

Amar Singh berkata, perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan daripada perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia.

”Jika engkar mereka boleh ditangkap mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara selama enam bulan,” katanya.

Perintah mahkamah yang diperoleh polis turut memperuntukkan tindakan menahan serta merta mereka yang disenaraikan itu jika berada di kawasan larangan tersebut pada hari berkenaan.

Katanya, polis akan menyerahkan perintah mahkamah itu kepada kesemua 91 orang yang dinamakan secara bersemuka hari ini.

Beliau berkata, kesemua 91 orang ini tidak dibenarkan memasuki dan berada di sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan persekitaran Istana Negara.

Mereka juga dilarang berada di sepanjang Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan persekitaran Masjid Negara.

Kawasan lain yang terlibat di persekitaran Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), perkarangan Pusat Membeli Belah Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Bharu, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan kawasan-kawasan yang turut terkandung dalam kawasan tersebut.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...