Tuesday, June 28, 2011
PERHIMPUNAN "BERSIH" BODOHKAN RAKYAT...!!!
Ketua pakatan pembangkang, Anwar diherdik lagi kerana cuba memperbodohkan rakyat dengan berselindung di sebalik perhimpunan haram "Bersih" 9 Julai ini walaupun menyedari bahawa proses demokrasi di negara ini cukup adil sehingga mereka mampu menguasai empat negeri pasal pilihanraya yang lalu.
Pakatan PR cuba mengalihkan perhatian rakyat terhadap kes "Liwat" Anwar serta kes terbaru rakaman video seks yang tersebar dalam laman "YOUTUBE", cukup membuktikan Anwar Ketua Pembangkang, mengelirukan rakyat dengan hujah temberangnya pada setiap ceramah yang dikelolakan Pakatan PR.
Sudah diketahui ramai, tanpa pilihan raya yang adil, pakatan pembangkang tidak akan mampu mengekalkan kuasa dua dekad di Kelantan selain merampas Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dalam pilihan raya umum lalu.
Sandiwara apa pula yang sedang dimainkan oleh Pakatan PR setelah Anwar didapati bersalah dengan kes "Liwat" apabila mahkamah memerintahkan Anwar membela diri. Jikalau kes "Liwat" pertamanya, semua rakyat tahu, Anwar didapati tidak bersalah kerana aksi berkunyit berlaku diantara suka sama suka.
Lepas kejadian "Solat Hajat" ditaja oleh PAS, yang telah diadakan di Shah Alam tempoh hari, makin terserlah keburukkan Anwar yang diselindung selama ini.
Hidayahnya, satu persatu individu tampil untuk membongkarkan siapa sebenarnya penyangak Anwar Ibrahim ni, serta mengambil langkah meninggalkan Pakatan PR dengan hati yang penuh berbuku dan marah terhadap ketua pembangkang.
Oleh kerana semakin ramai yang meninggalkan Anwar maka perhimpunan "Bersih" ingin diadakan, hanyalah muslihat pakatan pembangkang untuk mengaburi pemikiran rakyat yang sememangnya sudah dipudarkan dalam Pakatan PR.
Fikirlah secara matang, jikalau benar BN manipulasi pilihan raya dengan cara yang tidak adil seperti digembar-gemburkan, sudah pasti pembangkang tidak akan mampu bertapak di Pulau Pinang atau negeri-negeri yang dikuasai mereka sekarang.
Makin lama makin nampak pembohong pihak pembangkang yang tidak sabar nak berkuasa, macam orang yang tamak kehausan segala-galanya. Tetapi harus difikirkan secara jelas, Pakatan PR ni banyak terdiri dari bahan buangan dan serpihan yang telah "REJECT" oleh kerana sikap tamak seperti ketua pembangkang yang dibuang kerana tamakan kuasa pemerintahan.
Nasib baik Tun Mahathir cerdik dan pantas membuang sampah yang banyak mengamalkan "Rasuah" dalam pertadbiran UMNO ketika Anwar berkhidmat dalam kerajaan dahulu.
Sampah ibarat "virus" yang menyebarkan amalannya, yang akhirnya, kebenaran pasti akan muncul membinasakannya kerana memperbodohkan sekelian rakyat dengan pembohongannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
SYED BUKHARI KRONI BN..??? MONOPOLI PERNIAGAAN..??? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI..??? Lihat baik-baik carta senarai orang terkaya ...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti dapat agak jika Ketua Pembangkang Anwar berjaya bergelar PM, perkara ni pasti akan dibebaskan di Malay...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Dalam baik-baik diantara kedua mereka, akhirnya kena sindir juga dengan si Jozan Maha Raja Lawak ni. Jikalau kita lihat lawak tersebut b...

1 comment:
PR tak memperbodohkan penyokongnya untuk menyertai Bersih 2.0. Tetapi sebenarnya penyokong-penyokong PR sudah memang bodoh nak mampus!!!
Post a Comment