PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, June 25, 2011

PAS TERENGGANU TIDAK SEPAKAT DENGAN PAS PUSAT...!!?


Ketika mana kerajaan Pas Kelantan memboikot Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar ini menghina agama Islam menerusi karikatur (Kartun) yang disiarkan pada Rabu lalu, Pas Terengganu sebaliknya tidak bercadang untuk berbuat demikian.

Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut ketika memberi jaminan itu berkata, buat masa ini, pihaknya masih boleh berurusan dengan baik dengan akhbar Utusan.

Malah, katanya, beliau sendiri sentiasa ‘mesra’ dengan semua wartawan termasuk akhbar Utusan Malaysia yang membuat liputan di negeri ini.

Abdul Wahid diminta mengulas tindakan kerajaan Pas Kelantan melancarkan kempen Boikot Utusan Malaysia dan mengharamkan akhbar ini membuat liputan acara melibatkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa serta-merta.

Mengenai pendirian kerajaan Pas Kelantan yang memulau akhbar Utusan Malaysia, Abdul Wahid berkata, ia kuasa negeri itu untuk berbuat demikian dan tidak sepakat untuk melaksanakan perbuatan itu.

“Negeri Kelantan ada kuasa mengenainya, itupun atas Pejabat Menteri Besar yang tidak membenarkan wakil Utusan Malaysia (membuat liputan),” katanya.

2 comments:

Dot said...

pas ganu nampaknya lebih rasional, kewarasan yg mencerminkan kebebasan bersuara yg pas sendiri laung2kan nak kerajaan bagi tp pas kelantan mcm diktator...no way sokmo!

eh? dah berapa ribu kali boikot? anak buah tak boikot ka selama ni? hehehe! melawan tok guru jugak ahli2 pas tuuuu....

Anonymous said...

ko lawan je nik aziz tu cikgu wahidd. dah nyayuk nak mampus dah nik aziz tuu.

anak murid wahid

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...