PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, June 20, 2011

PAS MENGANCAM NAK BAKAR WARTAWAN...!!!


Peristiwa 26 Mei 1990 mengingatkan para wartawan dan media, ketika sekumpulan pemimpin dan ahli PAS mengancam untuk membakar wartawan yang membuat liputan Muktamar Tahunan Ke-36 parti itu di markasnya di Taman Melewar, Gombak.

Kejadian berikut berlaku berikutan usul yang diluluskan pada sebelah pagi untuk membakar surat khabar New Straits Times, Berita Harian, Utusan Melayu dan Utusan Malaysia.

Upacara pembakaran diketuai Ketua Dewan Ulama PAS, Nik Aziz Nik Mat yang belum lagi bergelar Datuk ketika itu bersama Naib Ketua Dewan Pemuda, Muhammad Sabu yang kini Timbalan Presiden PAS.

Ketika pembakaran akhbar terbitan kedua-dua syarikat terbabit, sekumpulan ahli PAS mengeluarkan kata-kata keji dan mengugut enam wartawan, termasuk penulis yang membuat liputan muktamar pada waktu itu.

Walaupun beberapa ahli PAS mengeji dan memaki hamun wartawan, Presiden PAS ketika itu, Allahyarham (Datuk) Fadzil Noor cuba meredakan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan bahawa wartawan yang hadir tidak harus dipersalahkan.

Sebagai seorang wartawan, sudah tentu pihak media tidak membantah hak PAS untuk memulau dan seterusnya membakar akhbar berkenaan sebagai protes kononnya berita PAS yang tersiar diputarbelitkan.

Namun sebagai manusia, pihak media dan wartawan marah dengan sikap tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab sesetengah ahli PAS terhadap mereka walaupun bukan semua.

Keadaan cemas berlaku selepas Nik Aziz membacakan doa supaya dihancurkan akhbar serta harta benda kedua-dua syarikat akhbar terbabit. Ketika doa dibacakan, seorang ahli PAS menjerit ke arah wartawan, disusuli tindakan seorang ahli sayap Pemuda PAS mengeluarkan kata-kata tidak manis didengar, lebih-lebih lagi apabila ada seorang wartawan wanita dalam kalangan pihak wartawan.

Pada waktu sama, terdengar jeritan supaya perwakilan dan pemerhati pada muktamar itu mencari wartawan dengan berkata: “Mana wartawan semua, biar kita bakar mereka sekali.”

Apabila menyedari pihak media dan wartawan berada di sekeliling mereka, mereka terus dituduh dengan kata-kata ‘penyebar fitnah’ dan kemudian diugut untuk dibakar sekali.

Selesai surat khabar dibakar, ketika pihak wartawan dan media hendak meninggalkan kawasan markas, sekumpulan ahli PAS seolah-olah sedang mengepung mereka dan mengekori dari belakang sambil menunjukkan perasaan marah. Pihak wartawan pun berundur dan seorang daripada mereka bersembunyi dalam longkang di luar markas tersebut.

Kejadian itu amat menakutkan pihak wartawan dan tidak sepatutnya berlaku. Bukankah mereka hanya wartawan biasa yang ditugaskan membuat liputan, sama ada PAS suka atau tidak dengan laporan akhbar arus perdana, ia adalah isu berlainan.

Sekarang kejadian tersebut hanya tinggal kenangan dan tidak diulang lagi oleh mana-mana parti politik, tidak kira parti yang menyokong kerajaan mahupun pembangkang.

Tekanan menghadapi suasana politik yang semakin meruncing tidak seharusnya dilepaskan pada wartawan. Mungkin ini antara risiko atau cabaran yang terpaksa dihadapi wartawan ketika menjalankan tugas mereka.

5 comments:

Anonymous said...

dulu depa yang halau wartawan!
la ni depa kata umno kontrol media x bagi buat liputan kat depa?!
kah!kah! memang lawak!!siap salahkan wartawan kata berat sebelah! dey tambi! sapa mula dulu!!

Anonymous said...

Media dan wartawan wartawan pun satu, BOYCOT je PAS tu...jangan ambil peduli apa nak jadi dalam PAS siapa mursyidul ke mursidal ke, LANTAK biar mampus...

Baru dia orang tahu kalau SUNYI SEPI je akbar tak sentuh mereka..

Anonymous said...

Sekarang ni PAS jadi balaci Ambiga, beruk panjat kelapa peliharaan DAP dan tok-tok kadi pembela kerja-kerja maksiat dan zina Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Bakar dulu wartawan2 & segala asset Harakah- Si Lidah Rasmi Dajal tu dulu.

Anonymous said...

tapi rasa aku le, nik aziz le yg paling bongkak yg pernah aku dengor kat memana dunia islam. konon bedoa agar allah hancurkan tu le hancurkan ni le. nabi mana le yg ada pewaris macamni. ape le kena org tua ni. rasa diri tu mulia sgt ke disisi allah, takde rasa tawaduk langsung. doa tu menjahanam aje yg dia tau. bodoh org pas ni kalu masih dok ikut org tua tak sedor diri ni. agama di jual utk kuasa, tapi dgn kuasa yg ada ape yg mampu dia buat.hina islam dimalaysia ni dek nik aziz & pas ni.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...