PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, May 31, 2011

PENYEBAR KHABAR ANGIN "LELAKI ACID" DIKENAL PASTI..!!!

Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin berhubung  
‘lelaki asid’ sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam terutama di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Berikutan itu, satu laporan dibuat supaya individu terlibat dapat dikesan dalam masa sama, perkara itu boleh dicegah daripada terus berleluasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis meminta orang ramai berhenti menyebarkan khabar angin berhubung ‘lelaki asid’ kerana tindakan itu dikhuatiri menimbulkan ketakutan masyarakat.

Menurutnya, beliau menegaskan maklumat disebarkan itu adalah tidak benar dan hanya bersifat khabar angin.

“Jangan reka-reka berhubung kes ini dengan menyebarkannya melalui SMS, Facebook dan Twitter kerana ia sama sekali tidak benar.

“Malah, kita (polis) telah buat laporan berhubung kes ini dan siasatan sedang dijalankan bagi me-ngenal pasti dalang yang menyebarkan khabar angin ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan program kesedaran komuniti merentasi sempadan jantina berhubung keselamatan wanita sempena pameran perumahan di pusat beli belah di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat.

Chin Wah berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 kerana menyebarkan maklumat palsu.

Menurutnya, setakat ini, tiada perkembangan terbaru berhubung kes itu dan polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan suspek.

Beliau turut menafikan nombor pendaftaran di dalam maklumat palsu disebarkan itu adalah nombor pendaftaran motosikal dinaiki suspek sebaliknya ia adalah nombor pendaftaran kereta.

“Ia bukan nombor pendaftaran motosikal, tetapi kereta dan sudah disahkan,” katanya.

Chin Wah berkata, setakat ini sebanyak 23 kes dilaporkan berdasarkan modus operandi yang di-gunakan suspek.

Menurutnya, pihaknya meminta kerjasama orang ramai dalam membantu siasatan serta perlu berwaspada bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi polis di talian Rakan Cop 03-22115999 atau mana-mana balai polis sekiranya mempunyai maklumat berkenaan ’lelaki asid’.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...