KUALA KRAI - Perasaan syak seorang ibu apabila anaknya mengadu sakit ketika membuang air besar terbukti apabila anaknya yang belajar di sebuah maahad tahfiz al-Quran dekat sini, mendakwa dia diliwat oleh seorang pelajar senior di asrama maahad tersebut 10 Mei lalu.
Ibu pelajar yang berusia 13 tahun itu, yang mahu dikenali hanya sebagai Yah, berkata, dia mula curiga apabila anaknya itu bertindak lari dari pengajian asrama pada tengah hari Ahad lalu dan mengadu sakit di punggung setiap kali membuang air besar.
Menurut Yah, 48 tahun, setelah didesak oleh keluarga beberapa kali, anak kelapan daripada sembilan beradik itu akhirnya menceritakan bahawa dia diliwat oleh seorang pelajar berusia 15 tahun ketika tidur di bilik asrama kira-kira jam 12 tengah malam, 10 Mei lalu.
”Pada malam kejadian, anak saya sedang tidur apabila dia ditindih dan mulutnya ditutup. Dia mengenali pelajar yang terlibat itu.
”Selepas kejadian, pelajar terbabit mengugut akan memukul anak saya jika dia cuba memberitahu perkara itu kepada ustaz atau sesiapa. Sekarang anak saya berada dalam keadaan trauma,. Dia juga tidak ceria dan tidak mahu kembali belajar di maahad itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Ja’apar mengesahkan menerima laporan.
Katanya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
SUMBER SINAR HARIAN
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
1 comment:
Si peliwat ini boleh meniru cara Anwar Ibrahim membela dirinya.
Dapatkan khidmat Karpal Singh yg akan menunda kes mahkamahnya selama yg mungkin.
Spt Anwar, jangan beri contoh DNA kpd polis. Jangan pula ditahan di lokup. Mesti bebas spt Anwar Ibrahim utk pergi ke merata dunia.
Peliwat2 dan bakal2 peliwat negara sudah tentu bergembira dgn berita ini!
Kenapa ada layanan yg berbeza di antara rakyat Malaysia?
Post a Comment