PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, May 26, 2011

LIM KIT SIANG TAKUT MELAYU SOKONG UMNO


Tuduhan yang dilemparkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencerminkan ketakutannya terhadap kebangkitan sokongan Melayu kepada UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar) berkata, tindakan itu juga bertujuan menyembunyikan keretakan yang berlaku dalam pihak pembangkang berikutan terbongkarnya isu skandal video seks yang didakwa membabitkan salah seorang pemimpin tertinggi pakatan berkenaan.

Katanya, Muhyiddin mempunyai alasan yang kukuh untuk mengingatkan orang Melayu agar tidak terpedaya dengan gerakan yang direncanakan oleh DAP untuk menguasai negara melalui amalan politik rasis.


KEKEJAMAN DAP TERHADAP PENIAGA MELAYU BATU FERINGGHI.


TEKTIK YANG AKAN DIGUNAKAN SEMASA PILIHANRAYA

"Kit Siang memang suka memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan pengundi. Setiap kali pilihan raya, beliau akan meniupkan sentimen perkauman supaya bukan Melayu terus memihak kepada DAP.

"Jadi untuk apa orang Melayu mahu menyokong parti itu sedangkan sedar bahawa DAP hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja.

"Sebenarnya Kit Siang merupakan seorang pemimpin politik low-class kerana bermain politik perkauman untuk kepentingan peribadi," katanya dalam entri terbarunya hari ini.KLIK DISINI

Menurut Syed Ali, gerakan itu telah bermula sejak Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu apabila DAP berjaya memperdayakan orang Cina supaya memusuhi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Jadi katanya, ketegasan Timbalan Perdana Menteri itu seharusnya disokong dan dijadikan ingatan kerana khuatir DAP bersama sekutunya yang lain akan menjadikan Melayu hilang segala-galanya sekiranya mereka berkuasa kelak.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...