PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, May 27, 2011

DR.ASRI MENGAJAR RAKYAT MEMAKI-HAMUN KERAJAAN DARIPADA UCAPAN TERIMA KASIH.!!



Masalahnya Dr.Asri duit tu pun bukan mak bapak kau punya yang boleh sesedap rasa boleh digunakan untuk kepentingan kamu sahaja. Harapkan belajar tinggi-tinggi bab agama, tetapi mengutuk orang. Agama Islam mana Dr.Asri ni belajar ni pun tak tahu la..!!?.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran.
(Menegakkan benang basah ) “.

HURAIAN :-

Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya.

Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan.

Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan.

Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya.

Cuba tengok video kat bawah ni, manusia munafik buat pembohongan kepada rakyat.



Yang ni apa ke jadahnya, Dr.Asri..?? Ajar tipu orang ke..??

16 comments:

Anonymous said...

Dr.Asri hebat berpolitik..!! Syarat utama serban mesti ada atas kepala walaupun nak kutuk orang..!!

Anonymous said...

inilah orang yang sanggup putar belit bab agama janji dapat sokongan.

Anonymous said...

Apa yg asri cakap ni memang make sense pun, betullah tu..dia bukan kutuk kerajaan dengan sembarono, cuma dia cakap duit yg kerajaan guna utk pembangunan adalah juga datangnya dari rakyat. K'jaan ialah agent yg kita pilih melalui undian demokrasi utk mentadbir dan mengagihkan segala kewangan dengan adil dan sempurna utk kegunaan rakyat. Tapi wakil kerajaan janganlah mem'politik'kan hal ni, janganlah perbudakkan rakyat nih dengan claim kononnya duit tuh duit kerajaan, wakil rakyat kenalah transparent dan fikirkan manifesto yg lebih munasabah utk menarik perhatian rakyat. Jaga moral, barulah kredibiliti pemimpin mereka tidak tercabar.

Saya tidak memihak mana2 parti, mana yg betul diturutkan dan disokong, mana yg tidak diperbetulkan, jangan sesekali kita menipu rakyat kerana tanpa rakyat sesebuah negara hanyalah ada bendera dan tanah sahaja.

Anonymous said...

aku setuju pendapat diatas...KLBOYZ..hanya taksub pada parti...tp akal takde...rakyat yg bayar cukai...hang BN hanya PEMEGANG AMANAH MEMBERI.TP KORANG BUAT MCM DUIT MAK BAPAK KORANG....X MALU BETUL PUNYA PENYANGAK.

Anonymous said...

kerajaan macam ayah kita juga
kalau ayah dok layan anak-anak
asal mintak duit bagi
mau bangkrap si ayah.
bukan semua kemahuan anak-anak mesti kita layan. yang penting mesti diutamakan
duit perlu diurus dengan betul
agaknya Dr Asri pemurah membelanja
duitnya kepada anak anak beliau.
sebab duit itu bukan dia yang punya
anak-anak dia punya.
jangan ingat kita bayar cukai itu
duit rakyat yang punya. itu adalah cukai kepala kerana kerajaan telah memberi perlindungan kepada rakyat dari segi keselamatan negara, keselamatan diri, kemudahan pasarana dengan sebagainya.

Anonymous said...

Ulamak2 dulu lagi tggi ilmu depa,bertambah zuhud tidak sombong dan menjaga tuturkata..yg ada skrg hanya menimbulkan kebencian dan mencipta ketaksuban..sambil menjilat yg sependirian ngan depa.masa ada jawatan dlm kerajaan pijak semut pun tak mati,tak ambil kesempatan utk membetulkan keadaan sebalik nya membina pengaruh aja.dah takde jawatan,tp dah ada pengaruh hentam sana sini..

fulisiakantora said...

Assalamualaikum, berpesan2 kpd kebenaran!! Dr. Asri nak kumpul sokongan utk apa?? Dia pernah nasihat kerajaan masa jadi mufti tapi kerajaan tak sambung kontrak dia, KENAPA? Betul la, duit utk projek2 rakyat adalah DUIT RAKYAT. Jadi...jgnlah belanjakan duit tu mcm mak bapak kau punya duit. Kau memegang amanah suci dari Allah, jadilah kerajaan yg mesra Allah, mesra Rasulullah SAW, mesra Rakyat, & mesra KRITIK. Kamon la bro, kau junjung para Ulamak2 yg bg sikit pujian kpd kerajaan, tp bila diorang kritik utk kebaikan bersama...kau balun cukup2. INI TIDAK ADIL!! "Berkata benar walaupun pahit"

Unknown said...

Maksud anda kerajaan bagi subsidi kepada rakyat tak betul lah kan?

Termasuk subsidi gas yang diberikan kepada penduduk marhein sebanyak 100 peratus, sebenarnya harganya satu tong gas RM53 tetapi kita cuma membeli dengan harga RM26 satu tong..?

Walaupun kerajaan bagi subsidi RM27 setiap tong gas yang dibeli..?

Bukankah subsidi itu untuk setiap rakyat marhein dan yang betul-betul susah, setiap orang pasti menggunakannya.

Anonymous said...

Apa dr asri cakap tu betul, dia tak katapun "jgn berterima kasih" kepada kerajaan, dia kata terma "duit kerajaan" itu seeloknya di ubah kepada "duit pembayar cukai". Yang nampak jelas memesongkan ialah tajuk artikel ni.

Anonymous said...

si ustaz biul ni ada ceramahnye yg lain dia ajar orang supaya Bersyukur..ceramah yang ni plak dia ajar orang jadi pemarah..ustaz ustaz..! ko ingat setakat duit cukai yang rakyat bayar ni leh tampung satu malaysia punye perbelanjaan ke ???????????? ape ke sengal ubi ko ni ustaz..kalau kerajaan kata akan 'menderma' di setiap pilihan raya betul le tu..sebabnye..bukan semua pengundi@Rakyat di satu2 kawasan tu adalah pembayar cukai,jadi istilah 'Menderma' tu betul lah.

amek contoh cukai pintu yang rakyat kene bayar..duit cukai pintu tu lah untuk kerajaan bayar kat syarikat2 macam alam flora yg kaut sampah pepagi tu..syrikat2 yg dapat tander bersih kan jalan,tebang pokok.mesin rumput memacam lagi la..

cukai pendapatan..sebenarnye hanya 40% sahaja rakyat malaysia yang membayar cukai pendapatan dan kaum cina paling ramai.

sebenarnya ustaz..ni nak habaq ni..pembangunan negara 40% datangnye dari hasil petronas..
takat cukai rakyat ni nak tampung satu negara malaysia ni tak cukup ustaz..( mungkin ramai yg tak setuju ) sebab tu kerajaan terpaksa cari sumber lain..sebab tu di tubuhkan petronas ngan syarikat kerajaan yg lain..

minyak naik harga rakyat bising??
alasan paling bangang yg selalu orang cakap kan ''malaysia kan kaya minyak ?'' kepala hotak kau lah..kalau kaya minyak dah senarai dah nama malaysia ni dalam negara2 pengeluar minyak(OPEC)..minyak murah ?? itu memang betul..saya setuju..jadi kenapa minyak jadi mahal ?? yang sangat mahal adalah TEKNOLOGI nya..cara nak keluar kan minyak...cara nak proses kan minyak..ini saja billion dolar modalnya..jadi sapa yg kalut minyak naik harga..jawapan saya.
'KO PEGI SENDIRI SEDUT MINYAK TU GUNA BULUH'

barang naik harga tapi GAJI tetap murah ???
nak gaji mahal..ko meniaga sendiri atau keje je ngan ABAH ko.
gaji murah tuduh kerajaan ???
ko salah kan lah bos ko,yg kerajaan ko salah kan kenapa ???
owh gini alasan mereka..kerajaan patut minimum kan gaji pada RM3000 sebulan baru betul..pala hotak ko lah..contoh la.
kite ni orang luar negara..tapi kita nak melabur di malaysia..tapi syarat yang kerajaan malaysia tetap kan minimum gaji RM3000,ko nak melabur ke kat negara yang tenaga kerjanya dibayar tinggi ???
sebab tu skrang ramai pelabur lebih suka indonesia dan vietnam..sana tenaga kerjanya murah :D..nak jadi kan malaysia negara pendapatan tinggi..kena lah wujud kan golongan profesional yang sangat ramai dan Bos2 syarikat yg berjaya dari golongan malaysia sendiri..:)...korea tu kaya dan maju sebab rakyat dia..sebab tu diorang tak harap pon pelabur2 luar ni...hehehe

gula,ikan,ayam,sayur,memacam lagi semua tu dikawal oleh satu organisasi dari kaum 'cina'
kerajaan hanya boleh mengawal harga sahaja tapi bukan barangnya.
sebab tu kalau cina2 ni nak naik kan harga diorang kurang kan stok di pasaran.

cam ikan ayam kalau nak murah..kerajaan harus sedia kan sampan untuk setiap keluarga..dan kandang untuk setiap rumah..nak makan ikan pegi dayung sendiri sampan yg kerajaan bagi..nak ayam bela kat kandang yang kerajaan sedia kan..ok ke?????

1) dah tau gaji sket jgn le makan KFC bodoh..goreng sendiri len kali.

2) dah tau gaji sket pakai je motor yg bodoh pegi beli keter tu pasal apa??

3) dah tau gaji sket yang ko kawin awal2 tu kenapa bodoh ?? alasan dah jodoh ?? rancang le bodoh jgn ikut nafsu.

4) sebelom pegi keje mlm tu ko masak le nasi goreng (lambat basi) untuk bekal mase keje..yg ko makan luar kedai mamak tu kenapa bodoh ???

5) len kali ko beli ikan sayur ayam kat pasar borong murah..ko pegi beli kat Tesco ngan Giant kenape bodoh ???

6) dah tau gaji sket yg ko merokok pasal apa bodoh ?? len kali hisap je puting bini.

p/s pegi mampos la sapa yg tak setuju ngan komen aku ni..:D

-budak laut-

Unknown said...

kan aku cakap betul kau tak percaya..!!?

Anonymous said...

anin 12.08 kalau setakat nak beri pendapat murahan camtu...simpan jerla...buat org gelak kat suku sakat BN jer...kalau tak cerdik sekalipun tak payahla emosi...kerajaan dan negara takkan maju kalau semua perkara yg tak betul tidak boleh ditegur...tautak berapa petronas bayar cukai setahun?? hasilminyak dan gas tuh kerajaan punya ker? salah...Rakyat malaysia punya. Rakyat termasuk pegawai kerajaan, pekerja swasta dan seluruh rakyat msia.kalau sekalipun, let say penduduk kat Kelabit, Sarawak sana tak bayar cukai, kerajaan tetap kena bina prasarana kat sana...tapi bukannya dengan duit poket DS Najib or TS Muhyidin....tapi dari dana negara...sebab tuh pembentangan budget penting, kat situ kita kena tengok proportion yg Kerajaan belanjakan terhadap sesuatu pembangunan dan perbelanjaan lain...tapi yg tak syoknya bilamana nak beli undi jer mulalah dengar yg kerajaan akan bina jambatan, turap jalan, semua project adhoc terbit serta merta...tak lain tak bukan nak pancing undi...off course perkara ni untuk kebaikkan rakyat jugak...tapi yg diprotes kat sini ialah kerajaan jangan jual nama as if duit tu diaorg yg punya tapi transparent lah cakap jer yg kerajaan akan lebih hati2 dan peruntukan duit yg dtgnya dari hasil negara kita dan rakyat sendiri utk projek dan keuntungan rakyat....barulah jelas...

fulisiakantora said...

Assalamualaikum sahabat, aku tak pernah menidakkan keprihatinan kerajaan dlm membelanjakan wang kerajaan (wang rakyat) utk kebajikan rakyat, terutama sekali bab subsidi. Tapi dari sudut2 yg lain dlm menggunakan wang rakyat patut kita perhatikan. Contoh... 1: pihak kerajaan membelanjakan WANG RAKYAT bila mengadakan sesuatu mesyuarat ditempat2 yg ekslusif. 2: mengunakan WANG RAKYAT apabila menampung perbelanjaan mak2 datin dlm lawatan rasmi negara (perlu ke diorng ni ikut??) 3: kenapa tak gunakan pesawat pengangkutan A.T.M utk lawatan2 rasmi (berapa juta boleh jimat WANG RAKYAT). Banyak lagilah contoh2 ketirisan WANG RAKYAT yg boleh aku taip tp tak relevan buat masa ni. Lagi satu perkara yg aku musykil, bila ada projek2 terkini utk rakyat kerajaan selalu guna billboard yg terpampang "SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN", mcmlah duit tu duit B.N... patutnya tulis "SATU LAGI PROJEK UTK RAKYAT DARI RAKYAT" barulah sesuai. Ada paham!!

Anonymous said...

anon 8.08.

menyamakan kerajaan dgn seorg bapak sgtlah tidak tepat. mak bapak tak boleh ditukar,diganti (kalau DNA yg disahkanlah. Parents have kuasa mutlak terhadap anak mereka diatas amanah drp Allah.

Tapi kerajaan bole ditukar ganti, cuma kat msia nih tak tau sebab apa kita suka sgt melulu jer menyokong apa yg salah dan betul. saya ni org kerajaan, org BN, tapi saya mengaku ada benarnya cakap Asri kat atas tuh....

mak bapak membanting tulang cari duit utk tampung keperluan anak2, bukan anak2 yg mencari duit beri kat mak bapak lainlah bila dah besar. tapi kerajaan lain, kalu samakan k'jaan dgn mak bapak..tak heranlah ramai yg membuta tuli mengikut arahan tanpa berfikir....alahai bangsaku...bukan kita melawan untuk menderhaka, cuma membetulkan apa yg tak kena...

Unknown said...

melayu PKR hanyut..!!

fulisiakantora said...

Assalamualaikum sahabat, kalau nak jadi PEMBANGKANG...jadilah PEMBANGKANG yg berkualiti dgn memberi idea2 yg bagus kpd kerajaan. Tapi kalau nak jadi PENYOKONG pun saudara, jadilah PENYOKONG yg berfikiran terbuka, menerima kritikan, suka tegur menegur, bukan menyokong MEMBUTA TULI!! Tak semestinya aku kritik aku org pembangkang. Aku rasa dah lama aku menjadi penyokong tegar UMNO/B.N ni, takkkan menjadi seorang PENYOKONG itu DIHARAMKAN utk menegur pemimpin?? Ini dah lari dari Sunnah Rasulullah SAW!! Kamon la brader, lembutkan hati.. bukak minda...Insyaallah B.N BOLEH!! yg benar... PENYOKONG TEGAR UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...