PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, May 28, 2011

ANWAR IBRAHIM DAN DOMINIQUE SRTAUSS KAHN (PENGARAH IMF) SENASIB..!!!



Seorang penulis Barat, Christopher Badeaux percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dominique Strauss-Kahn akan berkongsi nasib yang sama iaitu tersungkur sebelum cita-cita politik mereka tercapai kerana terpalit dengan skandal seks.

Beliau yang juga penulis beraliran kanan mendakwa kedua-dua pemimpin itu turut mempunyai persamaan lain iaitu enggan mengakui bukti hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam skandal masing-masing.

Menurut beliau, walaupun ujian DNA mengesahkan bahawa air mani dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar, tetapi ketua pembangkang itu tetap menafikan perkara tersebut malah menuduh ia konspirasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

Drama yang sama jelas Badeaux, turut dilakukan oleh Strauss-Kahn apabila menafikan terdapatnya bukti DNA pada baju pekerja hotel di Manhattan, Amerika Syarikat yang dilaporkan cuba dirogol oleh bekas Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iatu pada 14 Mei lalu.







"Dalam kes Anwar, DNA beliau disahkan sepadan (dengan air mani dalam dubur mangsa) pada April dan ia menjadi sebab utama untuk mahkamah (Mahkamah Tinggi) memutuskan bahawa kes itu perlu dibicarakan pada peringkat seterusnya (bela diri).

"Tapi Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi kerajaan dengan menuduh DNA beliau diambil secara tidak sah, DNA tersebut palsu, tidak sepadan atau apa sahaja cerita yang diperlukan pada hari itu kelak (perbicaraan).



"Hal yang sama turut dilakukan Strauss Kahn. Dia menggunakan plot cerita yang sama seperti didendang Anwar. Kedua-dua mereka yang didakwa kerana skandal seks menolak hasil DNA," katanya seperti dipetik daripada portal berita.KLIK DISINI





Mengulas lanjut Badeaux berkata, Strauss-Kahn sengaja mengitar semula drama yang dilakonkan oleh Anwar demi kepentingan peribadi kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat politik yang sama.



Bagaimanapun, beliau yakin dengan segala bukti termasuk penemuan DNA, kedua-dua pemimpin itu kini berada di hujung karier masing-masing yang dibina sejak berdekad lalu.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...