PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, May 28, 2011

Naik Tarif Elektrik, Bukti Kerajaan Bela Kroni IPP..??



Kerajaan tidak memiliki kesungguhan untuk membela nasib rakyat apabila membuat keputusan menaikkan tarif elektrik yang akan diumum Isnin ini, kata Ahli Parlimen Selayang, William Leong. 

Ini kerana katanya, kerajaan lebih berminat menanggung subsidi kepada sektor korporat seperti Syarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), bernilai RM19 bilion hingga RM22 bilion setiap tahun, berbanding menjaga kebajikan rakyat.

Katanya, keputusan itu lebih menguntungkan syarikat konsesi IPP yang besar, apabila  kuasa yang dijana IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara berbanding TNB membekalkan 40 peratus. 

Disebabkan itu, TNB membayar tenaga pada harga yang tidak sepatutnya iaitu dalam lingkungan 13.7 sen sehingga 15.5 sen per kilowaat hour, seperti dinyatakan mantan ketua Pegawai Eksekutif TNB, Ani Arope.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Perancangan Strategik Bank Islam Malaysia Bhd., Azrul Azwar Ahmad Tajudin menyatakan kebimbangannya, rakyat akan menerima kesan berganda jika sebarang kenaikan tarif elektrik berlaku.

Katanya, situasi itu disebabkan oleh beban yang ditanggung oleh industri akan disalurkan kepada para pengguna melalui harga produk yang dihasilkan. "Maka pengguna terpaksa menanggung dua kenaikan dalam masa yang sama iaitu kenaikan bil elektrik di rumah dan juga harga barangan.

"Tekanan berganda ini secara langsung boleh mungkin boleh menyumbang kepada kenaikan inflasi," jelasnya.
Tambahnya, kerajaan pasti sudah membuat perancangan terbaik ketika ini dan kemungkinan kenaikan tidak begitu besar iaitu sekitar lima hingga 10 peratus sahaja.

Sementara itu, Pakar Ekonomi Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, kenaikan itu baik dalam usaha kerajaan mengurangkan beban hutangnya. Bagaimanapun, beliau meminta subsidi atau pelepasan bayaran harus diberikan kepada golongan berpendapatan rendah yang pastinya berdepan dengan kesan inflasi.

"Pelepasan itu harus dihadkan supaya mereka tidak menggunakan tenaga secara berlebihan," katanya. Navaratnam juga meminta kerajaan mengadakan perbincangan bersama penjana tenaga bebas (IPP) bagi mengkaji semula kadar pemberian subsidi setelah mereka selama ini menikmati keuntungan berlipat kali ganda daripada faedah berkenaan.

Jika betul nak jadi kerajaan perihatin kat rakyatnya, carilah jalan mengatasi kenaikan tersebut agar rakyatnya tidak menampung kos yang tinggi dalam kehidupan seharian mereka...!!?

2 comments:

Anonymous said...

1. Naikan tarif elek dengan banding(ron95diselpg) ok lagi dikatakan rakyat diutamakan. Elektrik nih memang pembaziran giler2 berlaku..tu belum cilok2.Malah kategori golongan sasaran pun mudah dikenal pasti kalo nak tolong ler...tolong ler aku! Bini aku jer tolong aku..kalau tidor dia mesti tutup lampu keh keh..

2. Negara perlu pembangunan sumber tenaga demi juga pembangunan-tarikan pelaburan dsb. Sentiasa cukup dan mengurang sampai sifar kalau boleh bab blackout. Sumbangan IPP dilihat berkepentingan tinggi juga..tapi wa tak taulah kalu ada gak kong kalikong kat situ-kena.. bentras tuh..!

3. Aku caye..benda kalau nak murah kalau harap guna subsidi kerajaan..susah ler. Berkesan lagi kalo pandai2 kita adjust sendiri keh keh.

Anonymous said...

byk rumah setinggan melakukan peyambungan haram..rumah2 besar/kilang2 besar pulak jgn difikir baik sgt. cuba check betul2, mungkin ada yg melakukan tindakan serupa.
yg penting skrg ni ialah penguatkuasaan..keje malas. tapi sibuk nak susahkan rakyat yg patuh pada undang2 dgn membayar bil yg sepatutnya. biasanya yg membayar bil itu lebih tahu berjimat tau tak???

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...