PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, April 3, 2011

PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN UMNO MENARA ALPA WANGSA MAJU





Pagi semalam KL BOYZ telah menghadiri persidangan Tahunan Cawangan UMNO Menara Alpa buat kali pertamanya berlangsung yang diadakan di RAS HARTINI TOMYAM, Menara Alpa WangsaMaju Section 2.

Persidangan UMNO WangsaMaju itu turut membabitkan Suruhanjaya PilihanRaya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi memudahkan ahli-ahli dan pihak terlibat menguruskan pendaftaran mengundi, pertukaran alamat, pertukaran kad pengenalan dan sebagainya.

Persidangan UMNO Menara Alpa membentangkan dan membincangkan pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh :-


PENGERUSI TETAP - Alias Bin Md Ariff

TIMBALAN PENGERUSI TETAP  - Faizal Bin Abdullah

KETUA CAWANGAN   - Mohd Rashid Bin Abu Samah

TIMBALAN KETUA CAWANGAN - Haji Razali Bin Manap

KETUA PEMUDA - Muhamad Rashdan Hussain

NAIB KETUA PEMUDA - Mohd Azlan Bin Md Noor

PENOLONG SETIAUSAHA  - Hamizan Bin Hashim

PENOLONG BENDAHARI   - Zulkifli Bin Othman

KETUA PENERANGAN  - Meor Faizal Bin Meor Yahya

AHLI JAWATAN KUASA
- Adham Shafiq Hazim
- Abdul Salam Musa
- Mohd Hadi Bin Abdul Hamid
- Mohd Fadli Bin Zambari
- Norasmadi Bin Hashim
- Azhar Bin Mahfof

Semua barisan pemuda menyatakan bersemangat untuk memegang jawatan setelah diberi tanggungjawap untuk mendukung Parti. Visi dan matlamat penubuhan pergerakan bertujuan untuk mengumpulkan seberapa ramai ahli dalam UMNO, bagi pemuda-pemudi yang menghuni di Seksyen 2 Wangsa Maju.

Hasrat Pergerakan Pemuda UMNO juga untuk menyuntik dan membentuk semangat pasukan bolasepak serta penganjuran Futsal bagi pemuda-pemudi disekitar Wangsa Maju Seksyen 2.

Ini dia gambar-gambar disekitar Persidangan Umno Cawangan Wangsa Maju..


Laporan Aktiviti UMNO Cawangan Menara Alpa Wangsa Maju 2010
1. Mengadakan perbincangan dengan pihak DBKL bagi menyelesaikan masalah tempat meletak kereta sekitar station LRT.

2. Mengadakan Majlis berbuka puasa di Surau dengan kerjasama UMNO Bahagian.

3. Mengadakan perbincangan dengan DBKL mengenai longkang yang tersumbat, sampah sarap yang dibuang merata-rata tempat dan penutup longkang yang pecah dan akan memebahyakan pengguna.

4. Mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah ragut yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dengan pihak Polis dan DBKL.

5. Mencari jalan penyelesaian mengenai masalah ponteng sekolah dikalangan pelajar di Wangsa Maju sejak akhir-akhir ini.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah dan syabas buat bro KLB...
Laporan menunjukkan walaupun hanya pkt cawangan, jelas pengisian, dan tertib majlis cukup teratur.

Syabas bro.

Anonymous said...

rasid jadi ketua cawangan?senanglah hidup hampa...faham sudah

umno cawangan wangsa maju A-B / C-D / E-F apa cerita terkini?

sudah-sudahlah semua ni,apa pun xboleh!!! . . .

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...