PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, March 2, 2011

SAH DNA ANWAR ADALAH LELAKI "Y"




Seorang pegawai Polis telah memberi keterangan bahawa DNA pemimpin pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim pada barang-barang itu sama dengan DNA air mani pada lelaki yang telah mengaku diliwat oleh Anwar.

Anwar menghadapi hukuman hingga 20 tahun di dalam penjara jika didapati bersalah kerana melakukan liwat dengan bekas pembantunya itu. Pihak pendakwaan mengaitkan Anwar dengan DNA yang dijumpai pada pembantunya.

Kali ini kita lihat, Anwar nak pergi mana setelah didapati DNA beliau yang terdapat pada bahan-bahan bukti. Anwar cuba memesongkan fakta, dengan mengatakan pihak polis mengambil barang bukti dengan cara yang salah pula.

Janganla peguam pembelit Anwar nak temberang...!!! Karpal tau segala-galanya tetapi demi parti mereka, terpaksa nak memutar kenyataan kerana nak selamatkan kepala penyamun mereka.

Seorang ahli kimia kerajaan memberi keterangan minggu lalu bahawa sampel mani itu mengandungi profil DNA seorang lelaki yang dikenali sebagai lelaki 'Y'. Beliau berkata DNA lelaki 'Y' juga telah didapati juga pada sebatang berus gigi, tuala dan botol air yang diperolehi oleh polis daripada sel penjara tempat Anwar Ibrahim ditahan pada malam tarikh 16 Julai 2008.

9 comments:

zahari1950 said...

Saya amat berharap apabila apabila pihak pedakwa telah mula membuat pembuktian padanan DNA DSAI, maka paspotnya perlulah dirampas dan pergerakannya di pantau. DSAI telah pun membuktikan bahawa dia berupaya melarikan diri dari mahkamah. Belum apa-apa pernah bersembunyi di kedutaan Turki.

Kalau rakyat tak jelaskan cukai atau hutang PTPTN boleh di blacklist keluar negara maka takkan pejenayah yang sedang dibicarakan di mahkamah dibenarkan bergerak bebas keluar negara.

jejakazman said...

betul tu , terlampau banyak kelonggaran di bagi pada anuar tu , naper gelaran datuk dia tak di tarik balik , buat malu aje , inilah pengkhianat sebesar besar pengkhianat negara selain dari chin peng . kITA tak perlu adanya pengkhianat ini di negara kita .

Anonymous said...

kerajaan najib patut tegas dalam hal ini.
dah berapa banyak si anuar ni memburukkan negara,
tapi masih dibiarkan berleluasa..

Anonymous said...

BETUL2 TAHAN AJA PASSPORT DIA TU... JGN KASI DIA DENGAN SEWENANG-WENANGNYA MEMBURUKKAN NEGARA KITA YANG DICINTAI INI.... YA ALLAH KAU LINDUNGI NEGARA KAMI INI DARI ORANG YANG DURJANA, PEROSAK BANGSA DAN AGAMA INI....

Anonymous said...

Kalau pegawai kerajaan yang belum didapati bersalah tuduhan rasuah pun awal2 lagi sudah ditahan passport, kenapa kes kedua bekas banduan ini dapat keistimewaan. Kenapa bekas banduan boleh pakai gelaran dato' seri? Kedua2 nya aku tak setuju. Cuma satu perkara yang aku setuju...lokap satu malam yg dia masuk sama keadaannya untuk suspect lain hehehehe...padan muka.

Zakir said...

biarlaa....kau tak kesian ke kat bang nuar ni. dia kan dah tua. kasilah dia peluang untuk hidup dengan aman tenteram bersama keluarga dan anak2 dan beramal ibadah sebelum pergi mengadap Ilahi. biarlah dia ditempatkan di sungai buloh, 10 tahun atau lebih. sekurangnya di sana beliau sempat bertaubuat dan kembali ke pangkal jalan...

jie said...

bab si nuar berahim ni still bebas keluar masuk negara dan gelaran dia still pakai tu aku memang tak puas hati. tarik je balik gelaran tu dan rampas pasportnya. biar dia x bebas. KDN tegas lah sikit. dia ni tak boleh di beri muka nanti mua.kalau layan baik pun bukan tau berterima kasih. ni jenis specis xxxxxx yang kalau dilepaskan tangan kita plak akan digigit.

Anonymous said...

hahaha....ko semua jgn lupa...Abg Nuar ni ada big sugar dady tauuu....!kikikikiki
lu org fikir kenapa Dato Najib g melawat Turky,Austarlia....dan AS....????
Pasai Bang Nuar ni lahhh....ni pun korang tak paham kee.....aku punya pandangan gitu lahhh,,,,,kikkiki

Anonymous said...

kesian la korg.. hurm..

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...