PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, March 29, 2011

DAP MEMANG PUTAR ALAM MACAM ANWAR JUGA





Ambil tanah untuk pembangunan pun salah, serah balik tanah kepada rakyat dan lepaskan tanah berkenaan daripada Seksyen 47 dan 48 Kanun tanah Negeri juga dikatakan salah.

Itulah sikap pembangkang terutama DAP di Sarawak, yang serba tak kena menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 ini, sehingga sanggup memutarbelitkan apa saja isu terutama berkaitan tanah.

Semalam, pembangkang sekali lagi cuba memutar isu tanah apabila mendakwa tindakan kerajaan negeri melepaskan kembali beberapa pegangan tanah di kawasan Bako selepas menyatakan hasrat mengambil alih tanah itu sebagai penganiayaan kepada pemilik.

Keadaan yang seharusnya memberi kelebihan kepada pemilik tanah kini diputarbelitkan apabila Setiausaha DAP Sarawak, Chong Cheing Jen mendakwa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mempermainkan pemilik tanah yang berhasrat menyerahkannya kepada kerajaan.

Berdasarkan surat JTS kepada seorang pemilik, Maureen Song Chai Kee, Cheing Jen berkata, tindakan kerajaan membatalkan hasrat pengambilan tanah itu menyebabkan Chai Kee terpaksa membuat permohonan melanjutkan tempoh hak milik.

Sebelum ini, JTS menyatakan hasrat mengambil alih tanah milik Chai Kee bagi tujuan pembangunan di Bako mengikut peruntukan Seksyen 47 dan 48 Kanun Tanah Negeri, tetapi ia dibatalkan melalui surat bertarikh 21 Mac lalu.

“Pemilik tanah ini yang menetap di Kuala Lumpur diarahkan untuk memohon melanjutkan tempoh pajakan mengikut undang-undang yang ditetapkan selepas pembatalan proses mengambil alih.

"Chai Kee melalui firma guaman akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tindakan JTS ini kerana mengingkari hasrat mengambil alih tanah miliknya,” katanya di pejabatnya di sini, semalam.


-PETIKAN BERITA HARIAN


Dah memang ketuanya kaki temberang, kroni nya juga mengamalkan ilmu yang sama gak nak memancing undi agar rakyat menyokong tipu helah mereka. 

Saja mencari alasan untuk memikat pengundi untuk memihak kepadanya. sebenarnya Pakatan Anwar ni memang berpusing-pusing kerana dah berjangkit penyakit kronik Anwar yang suka bermuka-muka dan sering mengusulkan fakta yang tak disokong dengan buktinya apabila membuat sesuatu kenyataan. 

Penyakit Anwar sudah nampak satu-persatu dimata masyarakat Malaysia, yang selama ini disorokan Anwar untuk mengkaburi mata rakyat pakatannya.

1 comment:

Anonymous said...

http://milosuam.blogspot.com/2011/03/wajah-blogger-umno-kaki-togok-arak.html

kahkahkah..

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...