NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, March 23, 2011
ANWAR TERPERANGKAP DENGAN TIPU HELAH SENDIRI
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tuala kecil `Good Morning’, berus gigi dan botol minuman jenama Cactus serta segala hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan ke atas barangan tersebut boleh diterima masuk sebagai bukti.
Keputusan itu dibuat selepas mendengar keterangan Pegawai Penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira menunjukkan penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Julai 2008 adalah sah dan mengikut undang-undang.
Ekoran keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamad Yusof Zainal Abiden memaklumkan akan memanggil semula dua orang saksi iaitu Ahli Kimia, Nor Aidora Saedon dan Pakar Forensik, Amidon Anan untuk mengemukakan bukti dan hasil ujian DNA yang dibuat ke atas barangan tersebut.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun menolak permohonan pihak pendakwaan untuk mengarahkan Anwar memberi sampel DNA kerana tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.
- PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
ULASAN KL BOYZ
Oleh kerana Anwar beribu alasan tidak mahu memberikan DNA, mahkamah menerima kembali hasil ujian DNA pihak pendakwaraya. Jadi Anwar pun terperangkap balik dengan jejak asal kes liwatnya, bahawa keputusan tersebut diterima pakai kerana kedegilan Anwar untuk menyerahkan DNA beliau untuk diuji.
Anwar telah terlambat untuk membuktikan dirinya bersih dari tuduhan itu, dan Anwar terlambat juga untuk menutup kesnya. Jikalau Anwar berani tempoh hari, dah tentu hari ini seluroh Pakatan PR boleh melonjak kegembiraan menuju ke PutraJaya kerana sudah pasti kes liwat tersebut dibuang terus dari mahkamah daripada perbicaraan.
Peluang keemasan telah diberikan kepada Anwar untuk membuktikan beliau tidak bersalah, sayang Anwar tidak mahu mengambilnya kerana mungkin beliau sendiri sudah tahu apa akan jadi kepadanya setelah DNA diberikan. Merengkok kat Sungai Buloh kot..??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
9 comments:
BANGKAI GAJAH MANA BOLEH TUTUP DENGAN NGIRU......
Hahaha...kapal pusing dah berkira2 nak bagi hujah gila punya kalau hakim suruh anwar serah DNA. Anwar pula dah dah berkira2 nak parti 'all night long' sebab dia fikir hakim tak boleh suruh ambil DNA dia memandangkan belum ada lagi kes macam ni. Last, dua2 terkejut beruk dengan keputusan hakim. Aku cuma nak kata....Tuhan akan tunjukkan lebih banyak lagi...
Welcoming Sg Bamboo nak pakai kompang atau ala2 gadis hawaii belly dance hehehehe...
rayuan yg arif!! hotel sg buloh tuh low class!! x sepadan ngan taraf ambo anugerah tuhan. bole x ambo nak check in kat kondo 1151 jer, ade bekalan karipap seumur hidup..
Sekilas air berkocak..sudah tahu jantan X or jantan Y...Hati yg buta saje yang cuba menafikan kebenaran...Menghitung Hari.
Salam
Dakwa je anwar didalam mahkamah syariah, lepas itu, Hakim Mahkamah Syariah akan keluarkan perintah anwar sumpah muhabalah dihadapan saksi yang adil. Selepas sumpah muhabalah, lepaskan anwar kerana berani bersumpah, dan mari kita lihat sejauh mana anwar dengan kebenaran beliau
AKU SETUJU WAN JIJAH . KAPAL SINKI, LKS..HADI BOROI JADI SALAH SORANG AHLI SURUHAJYA DIRAJA KES VIDEO NI.. 18 VIDEO BEB...WAN JIJAH PENGERUSI NYA..NGO PAKAR LUAR NEGERI DIJEMPUT.. PADAN KAK JIJAH.. NAFI NAFI...
AKU BETUI2 SIIOOOOKKKK BILA HAKIM TERIMA
CERITA MUDAH ALJUBS KENA KEMAS SIAP2 BAJU SUPAYA TAK KELAM KABUT NAK PI ASTANA SG BULOH
AWAT BLOGGER2 BN LAIN TAK HIGHLIGHT PUN BERITA NI
Den ahli umno perjuangan hak rakyat bukan kerano kroni.jom bersamo den dengan selogan
!!!...UMNO REFORM MENUNTUT PERUBAHAN...!!!
http://malaysiandotcom.blogspot.com/
spatutnya highlight berita ini beasr2
Post a Comment