NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, February 4, 2011
NAJIB HARGAI RAJA ABDULLAH DAN PUTERA MAHKOTA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Raja Abdullah dan Putera Mahkota kerajaan Arab Saudi kerana membenarkan Malaysia menggunakan ruang udara mereka untuk membawa keluar pelajar dan rakyat negara Malaysia yang terperangkap dalam krisis di Mesir.
Datuk Seri Najib juga mengucapkan terima kasih di atas persetujuaan Arab Saudi yang membenarkan Malaysia menggunakan kemudahan Tabung Haji di Jeddah sebagai transit kepada pelajar dan rakyat Malaysia yang ingin pulang ketanah air.
Menurut Datuk Seri Najib, beliau telah meminta Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyelaras perkara itu supaya operasi membawa keluar rakyat dan pelajar di Mesir berjalan lancar disamping keselamatan mereka sentiasa diutamakan.
Penerbangan membawa keluar pelajar dan rakyat Malaysia dari Kaherah ke Kuala Lumpur berikutan pergolakan di Mesir yang dijadualkan tiba di KLIA pagi tadi terpaksa dipinda kepada hanya penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi.
Perubahan program itu bagi membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia dibawa keluar dari Kaherah dengan segera. Semua pesawat yang ada daripada syarikat penerbangan MAS (Malaysia Airlines Systems), AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia akan beropersi tanpa henti antara Jeddah dan Kaherah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
KBC lebih rela sokong pakatan PR kerana mereka nak turunkan harga minyak petrol dan diesel sehingga RM1 seliter, biar semua rakyat dimu...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji t...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...


No comments:
Post a Comment