PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, January 27, 2011

MUSTAFFA KAMIL DISARAN KELUAR PARTI KOYAK RABAK



Naib Presiden Pakatan PR, Mustaffa Kamil Ayub dinasihatkan tinggalkan saja Parti Koyak Rabak (PKR) sebelum beliau disingkirkan oleh parti itu. Mustaffa seharusnya sedar bahawa didalam parti PKR sudah tiada maknanya keadilan, ketelusan dan berbagai lagi donggeng mereka.

Tindakan memberi surat tunjuk sebab kepada Mustaffa oleh Jawatankuasa Disiplin Parti tersebut menjadi pertanyaan kerana ia dibuat tanpa pengetahuan Ketua Umum, Anwar. Sandiwara pergelutan kuasa didalam PKR masih berleluasa dan menjadi-jadi.

Kejadian ini timbul kerana ada tindakan daripada kalangan ahli-ahli PKR sendiri yang memburukan parti Koyak Rabak mereka kerana tidak setuju dengan tindakan pemimpin atasan. Ia dipercayai dilakukan oleh pemimpin Cabang Pasir Salak tetapi tindakan displin diambil keatas Mustaffa pula.

Mustaffa diberi tempoh menjawab surat tunjuk sebab oleh Jawatan kuasa Displin dalam masa 10 hari, akan tetapi Mustaffa mendakwa surat tunjuk sebab bertarikh 13 Januari 2011 itu diterima ke kediaman beliau pada 24 Januari sedangkan cuma tinggal sehari saja masa untuk menjawab surat tersebut.

Memang banyak lakonan dan sandiwara yang harus Mustaffa sedar dan menjadikan GobalaKrisnan sebagai contoh, sebelum dijadikan senasib seperti Gobala Krisnan yang menerima tamparan diatas teguran beliau kepada kepemimpin parti kerana menyuarakan hasrat kaum India.

Mustaffa sebaliknya mengaku membuat kritikan secara terbuka semasa proses pemilihan pusat yang berlangsung di Pasir Salak untuk memanjangkan rintihan ahli bawahan yang melihat ada kelompongan dalam proses tersebut. Dalam notis yang diberikan kepada Mustaffa, beliau didakwa melanggar displin parti yang boleh membawa kepada kelucutan keanggotaan parti.

Ada lebih baik Mustaffa mengambil langkah keluar parti daripada terus dipermain dan digula-gulakan oleh mereka yang tidak suka mendengar rintihan ahli-ahli bawahan parti, sememangnya mereka ni rakus mengejar cita-cita ke Putrajaya.

Hairan betul dengan Parti Kerajaan Rakus ni, dulu auta menghentam PutraJaya, dikatakan membazir duit rakyat membina PutraJaya, sebaliknya sekarang PKR bermimpi dan berangan sunggoh tinggi untuk menakluk PutraJaya. Sememangnya mereka tak tau malu dan cakap tak serupa bikin.

4 comments:

dzimba MMIM said...

auta sama auta boleh la duduk dalam satu parti...

Tahniah blog anda sudah menaiki anak tangga yang agak lumayan.. hee hee

selamat berjuang

Anonymous said...

Daripada duduk lagi dalam PRapuh tu baik keluar awal2 sepertimana Yb Nordin,keluar bermaruah dari kena singkir lepas tu berjuanglah di pentas yang betul bersama2 Barisan kepimpinan Najib jadi ahli bersekutu kalu malu nak jadi ahli UMNO...Ayuh Rapuhkan lagi PAkatan itu biar tinggal org yang giler kuasa jer dalam tu

Anonymous said...

KENAPA PATUT MALU UNTUK MEMPERKATAKAN KEBENARAN.KENAPA MALU UNTUK BERDIRI DIATAS PAKSI KEBENARAN.TETAPI SEBALIKNYA MUSTAFA KAMEL AYOP TIDAK MALU BERSEKONGKOL DGN PARTI YANG MENJADI KUDA TUNGGANGAN BANGSA LAIN,DAN BERKETUAKAN SEORANG PEMIMPIN LAQNAT YG AMAT TERKUTUK OLIH ALLAH. APA PENDIRIAN KAMU MUSTAFFA.ATOK KESIAN TENGOK KAMU,KALAU KAMU MENGAKU DIRI KAMU TU ISLAM TULIN DAN MELAYU JATI JANGAN TAKUT UNTUK MENERJAH ANWAR DAN NIK AZIZ,JNGN SYOK IKUT SONDOOL JE MACAM RASMI ITIK...,.AZIZAN MB KEDAH PUN TAK CAYA NGAN ANWAR DAN NIK AZIZ.SIAPA LAH KAMU EN MUSTAFFA OOI.ISH,ISH,ISH, MASA NI LA HANG NAK TEBUS KESILAPAN HANG YG LALU, SOKONG JE UMNO HABIS HABISAN MACAM ZAID MAT ARIFF TU.UNTUK BANGSA MELAYU HANYA UMNO SAJA PEMBELA MEREKA.. PAI - KO

usin said...

yg mana dulu, itu persoalannya. nk kena pecat dulu @ keluar pkr dulu. aku nasihatkan keluar pkr dulu sebelum keluar surat pemecatan. ikut stail zul nordin. lepas itu hentam la balik kaw2 parti koyak rabak tu. adat balas dendam...hehehe

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...