PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, January 19, 2011

KERAJAAN NEGERI MENGAGIHKAN 500 LOT TANAH


Bermula hari ini peneroka dinegeri Johor mendapat durian runtuh apabila Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengagihkan kira-kira 500 lot tanah sebagai tapak rumah kepada generasi kedua Felda Johor. Lebih menggembirakan peneroka Felda, mereka turut diumumkan bakal menerima peruntukan kira-kira RM 17,000 pada setiap lot tanah yang diberikan, dengan nilai keseluruhan RM 8.5 juta bagi membiayai penyediaan prasarana dikawasan berkenaan.

Itu adalah sebahagian daripada peruntukan yang berjumlah RM 1.6 billion dibelanjakan Felda untuk sepanjang tahun ini bagi memajukan masyarakat peneroka diseluroh negara seumpama membiayai operasi, pembangunan, pinjaman tanpa faedah, bonus dan prasarana demi keselesaan peneroka. Pengumuman berita baik itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Felda Chemplak yang dihadiri kira-kira 10,000 ahli keluarga peneroka dan masyarakat setempat.

Berita baik itu mencabar pihak Ketua Pembangkang, Anwar yang mengula-gulakan rakyat apabila membuat janji-janji "100 hari Pembangkang" yang mahu mengagihkan tanah Felda Plantations kepada anak peneroka. Tanah itu sebenarnya adalah sumber kewangan membiayai pelbagai usaha sosio-ekonomi untuk keluarga, anak dan cucu peneroka, sebaliknya pencapaian dan kejayaan mengubah masyarakat terpilih sebagai peneroka Felda bertuah kerana bernaung dibawah Kerajaan Barisan Nasional.

Dana berjumlah besar yang disalurkan masyarakat Felda itu adalah bukti kukuh agensi terbabit mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan tidak bankrup seperti didakwa pihak pembangkang yang dilemparkan menerusi media massa tunggangan mereka dan bolg-blog pencacai pembangkang.

Seramai 112,000 keluarga Felda yang ada pada masa ini, pada 30-50 tahun dulu mereka asalnya keluarga miskin tanpa tanah walaupun sekakang kera tetapi kini memiliki 10 ekar tanah setiap keluarga. Felda Gagasan itu telah berjaya mengubah lanskap sosio-ekonomi negara terutamanya bagi masyarakat luar bandar dinegara ini secara tuntas dan amat berkesan.

macam nak menang besar je kat Tenang nanti ni....!!!!!!!!

5 comments:

Anonymous said...

hidup melay .........mcm ni la...kalau melayu tak tolong melayu sapa lagi nak tolong.............melayu dh di perbodohkan oleh cina dgn india selama 50 tahun...jgn sekali kali tolong mereka lagi...............

Megat Alam Gempita said...

Fuh sungguh zalim dan tak berperi kemanusiaan langsung kerajaan UMNO/BN pimpinan YAB Dato' Seri Najib terhadap warga Felda ya, sekelip mata boleh beri durian runtuh kepada generasi kedua Felda tak payah tunggu mimpi basah 100 hari!.
Kaum kerabat cikgu Mala, sepupu Mazlan Aliman Anak Haprak dan seorang AJK PAS Cemplak pun dapat, er korang tak malu ker kalau ambik, ambik ler bukan rasuah tau, kalau rasuah korang laporkan pada SPRM tu pun kalau percaya pada SPRM!

Anonymous said...

mohon link ke
http://wicararumi.blogspot.com

Anonymous said...

Bukan semua generasi k2 dapat!yg kaki bodek,kaki ampu,kaki jilat dapat le...Felda pn pilih kaseh...porahhhh..chittt..

KL BOYZ said...

kesiannya.....!!! kau tak dapat ke..?
Gi dengar ckp bang Nuar tu, dapat hampeh....!!!

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...