PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, December 6, 2010

RAKYAT WAJAR TERIMA - TUN MAHATHIR


Rakyat perlu menerima bahawa penyelarasan subsidi bahan api dan gula semalam adalah sesuatu yang tidak dapat dielak serta mampu membawa kebaikan jangka panjang kepada negara.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau secara peribadi berpendapat subsidi diberikan kerajaan selama ini harus dikurangkan sedikit demi sedikit agar lebih banyak dana dapat disalurkan kepada pembangunan negara.

"Kita kena terima bahawa kenaikan harga ini bukan kerana kita. Kesemua barang itu diimport dan kita tiada kuasa untuk menurunkan harga barangan import."Memang kita ada subsidi tetapi perlu diingat bahawa ia hanyalah sebagai tampungan (support) saja. Kalau semua wang negara dihabiskan ke situ, pembangunan lain tidak perlulah," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat ke Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum serta Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Badruddin Amiruldin.

Mengambil England sebagai contoh, Dr. Mahathir berkata, negara itu bukan saja tidak memberi subsidi malah mengenakan cukai terhadap minyak kerana menyedari lebih baik wang negara digunakan untuk pembangunan berbanding pemberian subsidi.

3 comments:

Azizan Yaakob said...

Olehkerana melayurayadaily penuh dan berat maka saya pautkan blog sdr di http://anginria.blogspot.com ( muka kepada melayurayadaily). Terima kasih kerana pautkan mrd dan semoga teruskan perjuangan. TQ

my2cents said...

Bagaimana dgn subsidi kepada independent power producer sbyk RM15b setahun tu? Tak nak kurang ke?

Golongan2 melayu elit ni ckp senang la sbb dia org duduk & tidur atas duit!

zizie said...

GUa setuju 120% cakap TUN>>>>>>>>.........

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...