PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, December 5, 2010

PENSTRUKTURAN BEKALAN AIR SELANGOR


Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTHHA) menggesa Kerajaan Negeri lebih rasional dalam menangani isu air di Selangor bagi menjaga kepentingan rakyat negeri itu.Cadangan Penstrukturan semula air Selangor agar dapat melindungi kepentingan pengguna sekaligus mengelak berlakunya kenaikan taraf air yang membebankan.

Kempen yang digerakkan Kerajaan Negeri kononnya untuk menyelamatkan air dan membuat sebaran kononnya tarif air akan naik sebanyak 37% dilihat satu langkah untuk meracun fikiran rakyat.Pada maa sama Kerajaan Negeri juga mempunyai kepentingan dalam syarikat konsesi yang menguruskan perkhidmatan Air Selangor iaitu 55% dalam ABBAS dan 30% Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH).

ABBAS dan SPALSH merupakan konsesi yang merawat air manakala dalam Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selaku syarikat pengagihan air.Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan 30% sahaja, bermakna Kerajaan Negeri juga bertanggungjawap terhadap kenaikan itu jika ianya berlaku.
Kerajaan Persekutuan terbuka dan tak membantah cadangan model holostik Kerajaan Negeri yang mahu mengambil semua hak konsesi,Kerajaan Persekutuan hanya bersetuju sekiranya Kerajaan Negeri mengambil alih syarikat konsesi secara 'Willing Buyer,Willing Seller' yang menggunakan pembiayaan sendiri tanpa kenaikan tarif air.

Hanya melalui penstrukturan semula kenaikan air dapat dielakkan.Namun perlaksanaan itu menuju jalan buntu akibat Kedangkalan Kerajaan Negeri yang tetap berkeras ingin mengambil alih pengurusan air dengan melancarkan beberapa kempen dan mengutip tandatangan serta mengajak rakyat menyelamatkan air Selangor.

Kerajaan Persekutuan akan tetap meneruskan Projek Pembekalan Air mentah dari Pahang ke Selangor itu sebagai langkah awal membendung berlakunya krisis air.Permintaan air semakin meningkat saban tahun, keengganan Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama hanya akan menyebabkan Kerajaan serta beberapa pihak lain menanggung kerugian besar.

Kerajaan Pahang memberi kerjasama untuk menyalurkan air kepada rakyat negeri Selangor. Bagaimanapun kedangkalan Kerajaan Negeri yang menyekat Projek air ini akan menyebabkan rakyat berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Kerajaan Persekutuan sentiasa prihatin dan membuat penelitian mengenai isu air di Selangor supaya ia tidak memberi impak negatif kepada rakyat Selangor meskipun pada masa kini Selangor diperintah Pakatan Pembangkang.

3 comments:

Malay Delima said...

SALAM PERKENALAN, SY TELAH LINK KAN BLOG ANDA DI BLOG SY. SY BERHARAP KITA DAPAT BEKERJA SAMA DAN ARTIKEL ADA MAKLUMAT UNTUK ARTIKEL SY...SY BERHARAP ANDA DAPAT LINK KAN BLOG SY.

http://malaydelima.blogspot.com/

TERIMA KASIH

Alhamdulillah said...

Salam Sahabat Blogger,
Terima Kasih Kerana melawat Blog saya dan Blog saudara telah dilinkkan ke blog saya...Terima Kasih

Yuseri Yusoff said...

Salam bro..

Minta pautkan blog saya ke blog saudara
http://yuseriyusoff.blogspot.com/

Terima kasih dan salam perjuangan.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...