NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, December 2, 2010
NIK AZIZ RELA LIM KIT SIANG JADI TPM
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau tiada masalah jika Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.
Kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau bersedia menerima cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut selagi ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara.
"Hendak lantik Lim Kit Siang kah, nak lantik MCA kah selagi tidak bercanggah dengan dasar Islam dan dasar negara, tidak apa."Bagi saya DAP, MCA dan MIC serupa saja sama-sama tidak Islam, cuma dibeza-bezakan oleh parti sekular Melayu. DAP serupa sahaja dengan MCA, kalau MCA boleh jadi timbalan menteri, jadi menteri, jadi apa pun, pelik apa kalau jawatan itu diberi kepada DAP, serupa sahaja," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji Anwar dalam wawancara akhbar Sin Chew Daily Jumaat lalu untuk memberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Jelas Nik Abdul Aziz, sebagai sebuah negara demokrasi, soal bangsa seorang pemimpin bukanlah perkara utama yang harus diambil kira, sebaliknya perlu memandang kepada dasar parti yang didukung.
Beliau mendakwa, berbanding dengan UMNO yang menerajui kerajaan Barisan Nasional (BN), pakatan pembangkang mempunyai kelebihan sekiranya memerintah kerana Pas mampu berfungsi untuk menegur perkara yang bercanggah dengan Islam.
"Pakatan pembangkang ada Pas yang menegakkan Islam, apa sahaja perkara yang bercanggah dengan Islam, Pas akan beri pandangan, dalam UMNO suara Islam tidak boleh campur tangan, maknanya tiada suara Islam, ini kelemahan UMNO.
"Pas boleh tegur dan selama ini DAP tidak pernah canggah teguran Pas, kerana Pas ini bukan kepunyaan Pas, tapi kepunyaan Allah,'' katanya.
Ditanya mengenai pandangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan Anwar, Nik Abdul Aziz berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
GAMBAR TEMPIAS Kerajaan Pr ingin membuat kecoh dan kelam-kabut pada perhimpunan yang akan...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...


2 comments:
apa salahnya. lain la kalau bertentangan ngan perlembagaan. walaupn ak group bn ak x kisah pun. ak rasa bn pun patut buat gitu juga..
ye betul tapi tak sampai jadi TPM pula...??
Post a Comment