PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, December 31, 2010

MENTERI BESAR SELANGOR DIBAYANGI DAP

 Sejak kebelakangan ini, Kerajaan Negeri Selangor nampak gaya sudah menjadi Kerajaan penakut dan pengecut, Takut pada slogan 1 Malaysia, takut kepada kejayaan "Tabung Budi", takut tarif air dinaikkan tapi tidak berbuat apa-apa untuk membersihkan sungai-sungai tercemar, melainkan hobi Pakatan Pembangkang "berdemontrasi".

Turun ramai-ramai berdemo macam nak menyokong bolasepak negara pulak. Macam permainan bolasepak pula dibuatnya, kumpul ramai-ramai buat kecoh sini-sana sampai semua rakyat jadi ketakutan, apabila melihat kelam-kabut di tempat PKR berdemo,  yang kononnya berdemo secara aman, sebaliknya buat kacau-bilau janji dapat tercapai hasrat mereka yang berserabut dan bercelaru. Bukannya dapat menyelesaikan apa-apa masalah, janji dapat wayang kat rakyat, bahawasanya mereka ni seperti tertindas.

Kita nak tengok samada Menteri Besar Selangor ni nak bersilat atau berkuntau dalam isu perlantikan SUK Selangor yang baru. Adakah PKR ni akur pada pilihan Sultan Selangor ataupun berdegil dengan calon pilihan sendiri. Jika mereka ni berkeras pilih calon yang tak diperkenankan sultan Selangor, maka dah jelas dah sah mereka tidak menghormati Sultan Selangor demi sentimen plitik sebagaimana PKR telah mengetepikan Sultan Selangor dalam isu penyerahan memorandum air kepada Agong.

Begitu juga PKR yang dapat menghidu kesan negatif isu larangan penggunaan logo 1 Malaysia oleh Kerajaan Negeri Selangor yang boleh mengakibatkan sokongan rakyat jelata terhadap PKR kian luntur dan merosot menjelang PRU 13.  Jika tidak dibendung dan dilarang bimbang slogan 1 Malaysia terus melekat di jiwa rakyat Malaysia. Tetapi ingin diingatkan bahawa jika dilarang ianya akan memberi gambaran yang Kerajaan Negeri Selangor PR memnag dah kecut telur dengan kemaraan 1 Malaysia.

Kita tunggu dan lihat juga adakah Menteri Besar Selangor akan kekalkan portfolio Exco yang dipegang oleh Ronnie Liu atau lantik tokoh DAP negeri lain. Jika Khalid enggan menggugurkan Ronnie Liu, maka benarlah apa yang diriuhkan dan dikhabarkan banyak orang bahawa Menteri Besar Khalid Ibrahim dibayangi Ronnie Liu.

Sebaliknya isu air yang dicanangkan PKR bagai nak rak, pada hal bayaran bulanan tidaklah semahal mana pun, ada lebih baik Khalid membuka pasar ikan dan sayur dan barangan asas yang lain, yang akan dinamakan Pasar PR ke...? mana tahu boleh dapat murah dan free kalau boleh, baru la leh nak kelentong lagi hebat lagi.

Boleh percaya ke PR ni, konon hendak memerintah PutraJaya sedangkan PKR masih bertelagah sesama sendiri contohnya isu negara Islam yang dibawa PAS, tidak sepakat dan tidak sependapat mengenai cadangan Anwar hendak melantik Lim Kit Siang menjadi TPM.  Jika Anwar bakal jadi PM dan Lim Kit Siang jadi TPM, siapa yang nak sahkan jawatan mereka jika Sultan sendiri yang boikot tidak mahu berbuat demikian.

Betulkah PR ni kearah menegakkan pemerintahan yang amanah, adil, bersih, progresif, dan akan berkebajikan..? Kerana hilang sikap kesabaran mereka dan dilihat sekarang rakus untuk mengejar jawatan, dan bertelagah sesama sendiri dan tidak sependapat. Jangan mereka ni pulak nanti lagi lebih penuh dengan korupsi, pecah amanah, salah guna kuasa, rakus, angkuh, tamak haloba, kronisme dan akan menindas rakyat, mengambil kesempatan diatas memburukkan nama orang lain, yang mereka semua ni macam anak tuhan pula, suci tanpa dosa..?

 Kita tengok saja wayang MB Selangor...!!! Bersilat ke ber kuntau...!!!

1 comment:

Wake UP! said...

Apa nak hairan? Di Perak hari tu pun cenggitu gak la.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...