
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, October 5, 2013
TERANG-TERANG PR AMALKAN RASUAH..!!!
Dalam bibit perjuangan yang dilaungkan selama ni, kita sendiri sedar bahawa politik sebenarnya memang melibatkan wang.
Menyalahkan pihak lain memanglah mudah, tetapi nak bersihkan diri dari melakukan kesalahan tu tak semudah yang dilafazkan.
Belum memerintah dah berani mencuba buat perkara terkutuk sebegini, umpama paku dulang paku serpih, dok mengata orang diri sendiri yang lebih.
Dah lah ketua umum PKR tak mengaku menggelapkan wang rakyat semasa menjadi TPM satu ketika dahulu, turut mengamalkan rasuah untuk merampas jawatan yang diidamkan.
Ini pula perkara yang sama dilakukan anak didik katak lompatnya untuk meraih undi sebagai percubaan pertama yang digelar mereka sebagai intensif ataupun saguhati.
Mengumpan pengundi dengan wang bukan rasuah ke...?
Mahkamah Pilihan Raya di sini diberitahu oleh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias Datuk Lajim Ukin bahawa beliau tidak tahu wang RM50 bersama kupon bernilai RM100 diagihkan kepada pengundi di Klias sebagai insentif untuk mengundinya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Lajim dalam keterangannya di hadapan hakim Datuk Yew Jen Kie hari ini mengakui hanya mengetahui kewujudan amalan itu selepas menerima petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) Isnin Aliasnih pada 19 Jun lepas.
"Semua calon (pada sesuatu pilihan raya) tidak harus guna wang atau membuat apa-apa janji yang boleh mencemarkan nama baik parti dan pemimpin (calon) berkenaan," katanya ketika menjawab soalan peguam mewakili pempetisyen, Muamar Julkarnain.
Lajim, Pengerusi PKR negeri yang memenangi kerusi Dun Klias, dinamakan sebagai responden dalam petisyen itu dengan Isnin mendakwa berlaku perbuatan rasuah serta penggunaan bahan kempen yang tidak memaparkan nama pencetak semasa kempen pilihan raya di kawasan berkenaan.
Ketika ditanya Muamar sama ada dua individu, Wong Kui En @ Norliah dan Kairinah Juakim, yang didakwa mengagihkan sampul surat berisi wang serta kupon kepada pengundi, merupakan penyokong dan anggota jentera pilihan rayanya, Lajim berkata semua calon mempunyai penyokong dan jentera dalam mana-mana pilihan raya umum.
Setiap sampul surat berkenaan didakwa mengandungi wang RM50 dan sekeping kupon yang boleh ditukar kepada wang RM100 selepas calon PKR itu memenangi kerusi yang ditandinginya.
Yew menetapkan 13 Dis ini untuk penghakiman selepas mendengar sembilan saksi memberi keterangan bagi pihak pempetisyen dan tiga saksi bagi pihak responden sejak 26 Sept lepas.
Isnin diwakili peguam Muamar, Jaapar Esteban, Rizuan M Borhan dan Saiful Azian Mokhtar, manakala Lajim diwakili peguam Datuk Chau Chin Tang dan Datuk Lawrence Thien.
Keputusan PRU13 pada 5 Mei lepas, Lajim menang dengan majoriti 179 undi. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Memang tak berkenan betul dengan kenyataan yang dibuat oleh Mat Sabu yang sepatutnya digelar Mat Sapu kerana main bedal ikut sedap mulutn...
-
Tan Sri Jins Shamsuddin berkata telah membuat penyelidikan rapi dengan menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu,...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Video dibawah sekadar untuk mengingatkan kembali sejarah silam Anwar yang penuh dengan Konspirasi ciptaannya sendiri setelah beliau dibu...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
1 comment:
Biasalah bro..... Dulu sblm dia org berubah arah ke PKR mereka dlm Umno juga... Seperti meludah ke langitlah bro...
Post a Comment