PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, September 23, 2013

HISHAMUDDIN RAIS MARAH HADI AWANG MEROYAN NAK JUMPA NAJIB..!!!



Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas terbuka untuk bekerjasama dengan Umno, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nampaknya terus mendapat perhatian blogger pencacai PR.

Pemilik blog berkenaan yang juga penghasut politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi Awang dan menganggap pemimpin itu "meroyan". 

"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib. "Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengejek Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil.

Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.

Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.

 Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

4 comments:

Anonymous said...



Kepada ahli2 Pas.

Saya yang menjadi pemerhati kepada percaturan politik Pas sejak sekian lama merasakan Pas akan hanyut dan hanyut dan hanyut jika ahli parti ini masih mahu menyimpan Hadi Awang dan Nik Aziz.

Ingat saudara2. Perjuangan Hadi Awang dan Nik Aziz untuk membolehkan kalimah suci Allah digunakan dalam bible bahasa melayu tak akan kami orang melayu yang tidak menjadi ahli Pas lupa hingga ke akhir hayat kami.

Seruan Ikhlas Dari Ku

Gunakan peluang dalam Muktamar Agong Pas 2013 untuk melakukan perubahan. Angkat lah Harun Taib menggantikan Hadi Awang sebagai Presiden Pas dan Haron Din menggantikan Nik Aziz sebagai Mursidul Am Pas.

Harun Taib dan Haron Din tidak pernah menyokong kalimah suci Allah dignakan oleh penganut kristian. Harun Taib dan Haron Din juga tidak pernah nampak ghairah giller untuk meminta bantuan Setan dalam menghadapi PRU dan Umno.

" Aku suka Umno, aku sayang Pas kerana aku adalah seorang melayu yang cintakan islam "

Ana Muslimah

MegaBidaman said...

salam tuan, mohon link pautan blog saya bidaman.blogspot.com pada blog tuan . saya dah pautkan link blog tuan dalam blog saya . terima kasih

Jaafar said...

Ini lah belayu yg paling tak ada harga diri dan apa pun pegangang hidup yg berhalusinasi mewakili rakyat dan bercakap sebagai pemimpin dan berkata yg benar.

Jaafar said...

**belayu = melayu

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...