NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Tuesday, August 20, 2013
INILAH HAK KEBEBASAN BERSUARA...!!!
Kebebasan bersuara ialah kebebasan menyatakan pandangan mahupun fikrah tanpa batas atau penapisan tentang apa yang ingin diperkatakan. Semua masyarakat mempunyai hak kebebasan bersuara tanpa mengira kaum atau pangkat dan sebagainya.
Kebebasan bersuara merupakan satu hak yang seseorang itu menyampaikan apa yang difikirkan, apa jua pandangannya mengenai sesuatu dan idea mengenai sesuatu sama ada melalui lisan, tulisan, slogan, lakonan ataupun ekspresi.
Ironinya, hak kebebasan bersuara tidak pernah bersifat mutlak di mana-mana negara sekalipun di dunia ini hatta di Amerika Syarikat dan lazimnya hak ini dihadkan.
Namun begitu, hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR).
ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai "hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan dan kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat". Di Malaysia, perkara 10(1)(a) dari Perlembagaan Persekutuan mengatakan bahawa ‘tiap-tiapwarganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara’.
Malangnya, ramai di antara pendukung kebebasan bersuara ini gagal memahami impak yang berlaku dalam meraikan kelonggaran yang diberikan.
Lihat sahaja akhir-akhir ini, apabila kebebasan bersuara telah disalahgunakan di Malaysia, maka telah berlakulah keretakan perkauman apabila terdapat beberapa individu peraih populariti yang khilaf.
Mereka ini amat mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti masyarakat menyebabkan berlakunya keretakan perpaduan.Lembaran sejarah telah membuktikan, kebebasan bersuara yang tidak rasional serta bersifat melulu juga menimbulkan pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 iaitu peristiwa ketidakpuasan kaum terhadap kaum lain di Malaysia.
Kebebasan penggunaan perkataan berunsur tidak sopan dan lucah jelas boleh menimbulkan pergaduhan dan hura hara di negara kita. Tidakkah kita belajar apa-apa dari sejarah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Inilah gambar dizaman Ago-go dulu, lebih rock dan kacak merambu. Asal usul seorang ulama politik pemimpin Kelantan, bukan apa, janganla...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Ini satu lagi manusia yang tidak sedar dek untung, ada ke patut keputusan mahkamah dipertikaikan diluar mahkamah. Seorang perempuan yang ...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...


No comments:
Post a Comment