PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, August 16, 2013

CUBAAN TERDESAK PR MEMAKAN DIRI SENDIRI...!!!



Akibat terlalu terdesak sangat nak cuba membatalkan keputusan pilihanraya yang lalu, peguam2 upahan PR melakukan kesilapan menyebabkan mereka kalah dalam keputusan makamah semalam.

Peguam upahan mereka membuat tindakan membabi buta tanpa mengikut lunas dan undang2 yang telah ditetapkan, telampau sangat ikut undang2 rimba..inilah jadinya..!!!

Kalau boleh dalam makamah pun hakim kena menurut kehendak pilihan puak PR, jikalau keputusan tidak memihak pada mereka, sudah pasti ada tajuk dan judul cerita buruk akan dilemparkan kepada badan kehakiman.



IPOH - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh dan Parlimen Tapah selepas Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi dua kawasan itu.

Mahkamah menolak kedua-dua petisyen itu dengan kos. Bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difailkan calon PKR Madhi Hasan dan seorang pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Perintah 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

"Perintah itu mengkehendaki nama peguam mewakili pempetisyen perlu disertakan bersama petisyen yang difailkan selain hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen berkenaan dan bukan firma guaman," katanya.

Umi Kalthum memerintahkan Madhi dan Azmi masing-masing membayar kos RM25,000 kepada responden iaitu Anggota Parlimen Bagan Datoh yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Responden diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamauddin manakala PKR diwakili peguam Edmund Bon dan Azmi diwakili peguam Chong Kok Yew.

Bagi kawasan Parlimen Tapah, Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menolak petisyen yang difailkan calon PKR K. Vasantha Kumar kerana pempetisyen juga didapati gagal mematuhi Perintah 9, Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau memerintahkan pempetisyen membayar kos RM50,000, masing-masing kepada responden pertama iaitu anggota Parlimen Tapah Datuk M. Saravanan, responden kedua Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Tapah Razali Bakar dan responden ketiga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saravanan diwakili peguam Abu Bakar As Sidek Mohd Sidek dan Badrul Hishah Abdul Wahap, Peguam Kanan Persekutuan Donald Joseph Franklin mewakili responden kedua dan ketiga manakala pempetisyen diwakili peguam K. Hariharen.

Pada PRU13, Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan Madhi bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh manakala Saravanan menewaskan Vasantha, dua calon Bebas Ridzuan Bani dan Shaharuzzaman Bistamam dengan majoriti 7,927 undi bagi kerusi Parlimen Tapah. - Bernama

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...