PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, July 11, 2012

UNISEL SEMAKIN JAHANAM..!!!


Sebelum kerajaan Pakatan PR mendapat kuasa memerintah di Selangor dulu, pelbagai janji ditaburkan untuk memajukan bidang pendidikan untuk penuntut didaerah Selangor. Sebaliknya yang berlaku sekarang, pendidikan yang war-warkan hanya akan menjadi projek gajah putih saja.

Membazir dan membuang duit rakyat saja apabila ia disalah urus menyebabkan kerugian semakin meningkat sepanjang tahun. Kos penggunaan melebihi dari pendapatan.

Jika lebih lama lagi Pakatan PR diberikan kuasa untuk menguruskan, ianya akan menjahanamkan lagi aset yang telah sediaada. Jika dahulu Yayasan Selangor menjadi mangsa mereka, kali ni Universiti Selangor pula akan dikotak-katik kan.

Pakatan PR hanya tahu menjual aset-aset kerajaan negeri untuk mendapatkan hasil dan keuntungan yang selama ini diidami oleh puak-puak mereka, nak mengekalkan aset, Pakatan PR tak reti nak buat kerana tak cukup pengalaman.

Cakap pandai tetapi buat tak reti, janji cukup manis tapi tak pandai nak tepati..!!!


SHAH ALAM: “Silap-silap boleh jadi gajah putih,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang dari Barisan Nasional (BN), Sulaiman Abdul Razak mengenai Universiti Selangor (Unisel) yang didakwa bakal menjadi pilihan terakhir pelajar melanjutkan pelajaran berikutan mencatat kerugian sejak 2008. 

Sulaiman yang menyatakan kebimbangan itu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam turut mempertikaikan keupayaan pengurusan Unisel yang didakwa gagal menguruskan universiti milik kerajaan negeri itu terutama bagi menjana pendapatan tahunan.

“Unisel sepatutnya menjadi mercu tanda kepada Selangor dalam sektor pendidikan tetapi apa yang berlaku sekarang amat membimbangkan. “Bagaimana untuk mengekalkan universiti ini sekiranya pendapatan diperoleh lebih rendah berbanding perbelanjaan.

Jika berterusan boleh menjadi Gajah Putih,” katanya. Beliau berkata, pendapatan Unisel setiap tahun semakin merosot iaitu sebanyak RM94.4 juta pada 2008, RM93.51 juta (2009) dan RM75.48 (2010). “Jumlah perbelanjaan pula menunjukkan peningkatan iaitu RM93.97 juta pada 2008, RM106.13 juta (2009) dan RM113.11 juta (2010).

“Adakah Unisel diuruskan dengan betul kerana pelajar semakin berkurangan dan tidak menjadi pilihan utama walaupun penduduk negeri Selangor?,” katanya.

Pada sesi perbahasan itu, Sulaiman turut meminta kerajaan negeri memantau masjid dijadikan tempat berpolitik yang berselindung di sebalik ceramah agama. Menurutnya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana jemaah yang hadir terdiri daripada kalangan pelbagai fahaman politik. sekali gus menimbulkan rasa kurang senang.

Sementara itu, pada sidang media, Sulaiman berkata, BN sedia mencadangkan supaya Unisel dinaikkan taraf menjadi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

- MYMETRO - Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/11

1 comment:

Anonymous said...

Tu lagi PKR nak mansuhkan PTPTN? Sendiri mau ingat.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...