NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Tuesday, July 31, 2012
KUTIP DERMA, TIPU SAKIT UNTUK BIAYAI MAJLIS PERKAHWINAN MEWAH..!!!
Seorang pengantin perempuan ditangkap berhubung dakwaan dia menipu menghidap barah untuk meraih simpati orang ramai bagi membiayai majlis perkahwinannya yang menelan belanja RM50,000.
Danielle Howard, 22, mendapat sokongan chef selebriti, Gordon Ramsay ketika melancarkan kempen memungut derma secara online dengan mendakwa dia bertarung untuk terus hidup.
Kata rakannya, dia langsung tidak mengeluarkan wang ketika berkahwin dengan Chris, 28, apabila derma datang mencurah-curah.
Danielle ditangkap kerana disyaki menipu selepas perasaan syak semakin meningkat di kalangan penderma apabila wanita itu hamil ketika menjalani rawatan barah servikal.
Rakan-rakannya menganjurkan acara kutipan derma untuk Danielle dan menghubungi pengacara televisyen, Holly Willoughby dan Fearne untuk mendapatkan bantuan mereka.
Ramsay memberi sokongannya menerusi Twitter.
Jurugambar, Steve Hobart yang turut membantu menganjurkan beberapa acara berkata: “Kami bertungkus lumus untuk membantunya.”
Satu sumber pula berkata: “Sungguh tidak boleh dipercayai. Orang ramai menyedari ditipu dan mula bercakap mengenainya.”
Danielle berkahwin dengan Chris pada April di Billericay, Essex.
Rakaman video yang menelan belanja tinggi dibuat dan jamuan diadakan selepas lebih 1,500 orang menyertai kempen ‘Berjuang bersama-sama Danielle’ menerusi Facebook dan Twitter.
Beberapa minggu sebelum upacara perkahwinan itu, Danielle muncul dalam akhbar tempatan, merayu bantuan.
Menurutnya, dia ingin berkahwin sebelum rambutnya gugur akibat rawatan barah.
Polis berkata, siasatan masih dijalankan.- DM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji t...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Jawap la wahai si munafik Sang Rajuna Tapa, sekiranya Tun Mahathir bercakap sedikit dikau saman sehingga 100 juta. Akan tetapi kenapa ...



No comments:
Post a Comment