PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, May 18, 2012

DAH MEMANG MUKA ORANG PAKATAN PR TAK TAHU MALU...!!!



Dulu dua peneroka ini adalah antara lapan orang yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB). Namun hari ini, mereka menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang mereka lontarkan sebelum ini apabila tampil mengambil cek durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5,000.

Dua peneroka berkenaan ialah Abdullah Mohd., 60, dari Rancangan Jengka 15 dan Idris Mat Sah, 61, dari Jengka 14. Abdullah mengambil cek tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari manakala Idris pada pukul 2.30 petang.

Menariknya, 'modus operandi' mereka terdapat persamaan apabila kedua-duanya datang ke Pejabat Pengurus Felda masing-masing dalam keadaan tergesa-gesa. Seperti 'malu-malu tetapi mahu', pelbagai alasan diberikan termasuk mempunyai urusan lain untuk membolehkan mereka segera meninggalkan pejabat pengurus.

Bagaimanapun, Abdullah masih sempat 'ditarbiah' terlebih dahulu ketika mengambil cek berkenaan oleh Pengurus Jengka 15, Ab. Rasib Che Awang. Abdullah diingatkan supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku supaya tidak mendengar dakwaan dan fitnah pihak luar.

Peneroka itu yang juga seorang pemilik kedai barang binaan turut diingatkan bahawa Felda tidak menipu peneroka selepas pembangkang mendakwa wang tersebut hanya janji kosong. Di Jengka 14 pula, situasi mencuit hati berlaku apabila Idris pada mulanya buat-buat bertanyakan wang lebihan hasil sebaik sahaja datang ke pejabat pengurus.

Seakan menyedari tidak ramai mata yang melihat, Idris yang datang bersama-sama seorang rakan sealirannya cepat-cepat bertanyakan cek durian runtuh. Sementara menunggu proses menandatangani dokumen berkaitan, mereka sempat 'dibasuh' berhubung kesilapan menghalang penyenaraian FGVHB. 

Abdullah dan Idris dijemput mengambil cek durian runtuh fasa pertama itu pada majlis penyerahan semalam yang disempurnakan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said. Namun kedua-duanya bersama tiga lagi peneroka Jengka 15 yang turut memfailkan injunksi menghalang penyenaraian FGVH, tidak hadir.

Sebelum ini terdapat lapan peneroka iaitu lima dari Jengka 15, dan masing-masing seorang dari Jengka 14, Jengka 4 dan Jengka 17 memfailkan injunksi berkenaan. Namun bagi penyerahan cek durian runtuh fasa pertama itu, hanya enam yang terlibat manakala dua lagi iaitu Rokiah Sulong dari Jengka 15 terlibat untuk fasa kedua manakala Rosdi Ismail juga dari rancangan sama merupakan penerima fasa ketiga. 

Sehingga pejabat pengurus Jengka 15 ditutup pada pukul 5 petang ini, dua peneroka lain belum mengambil cek berkenaan iaitu Alias Ibrahim dan Abd. Rahim Abd. Rahman.

Sementara itu, Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, cek kepada dua peneroka dari Jengka 17 dan 4 boleh diambil pada majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

8 comments:

Anonymous said...

mereka ni mangsa dakyah pembangkang..kenapa tiada tindakan pada pendakyah2 ni?

Citer yg tak benar jika diulang2kan mendengarinya..orang leh percaya gak.

lepas ni tentu wakil2 dari PAS dan PKR datang ngutip derma dari pakcik2 ni..atau ada fatwa katanya ia duit haram dan elok diberi pada parti!

Anonymous said...

Duit punya pasal, apa pun boleh, dulu dia sokong sana untuk dapat duit segera, dan sekarang durian Runtuh tak sama bang... Entahlah kalau tengok kopiah... sepatutnya dia mengajar cucu cicitnya supaya hidup berperinsip......

Anonymous said...

Apa punya prinsip da pakcik ni...kalo dah ambil duit tu maknanya setuju la dgn penyenaraian fgvh... satu tgn kate tak setuju tapi tgn sebelah lagi dihulur plak ambil duit...kahkahkah

dah gila akal org pas ni

hangkedee said...

Anak didik nabi PORK nik

Anonymous said...

Haram masa belum dapat, meka ni berjuang k duniawi mcm umno jugak, pkr duniawi dan belakang depan wi, ataswi, mangkok ni nak duit aja, BR1M pun meka tibai...

Cyleo Blue said...

Makan kiri kanan kot

Unknown said...

Nampak sgt xda prinsip.

KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

nilai orang melayu dalam pembangkang ambil contoh tengku aziz dalam dap...melayu ni gempak aje lebihhh tpi nilai diri murah sangat klu ada org cakap org melayu boleh dibeli sengan secawan kopi aku setuju contoh nyata peneroka felda yang banttah felda tu.....melayu ooo melayu nilai diri ko sama harga sebiji kopiah pas kah kah kah

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...