Thursday, May 17, 2012
DAP CUBA RASUAH SAYA RM50,000 - TUNKU ABDUL AZIZ
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan tindakan bekas partinya cuba merasuah beliau sebanyak RM50,000 supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya sebagai biadab.
Katanya, beliau berasa cukup terhina apabila Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai fello kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri.
Tambahnya, sebagai seorang pemimpin veteran parti yang berpegang teguh kepada prinsip keluhuran demokrasi, beliau tidak boleh menerima kebiadaban tersebut dan memutuskan tindakan melepaskan jawatan serta meninggalkan DAP adalah tepat.
"Kelmarin Zairil Khir menghubungi saya dan mengulangi tawaran wang tunai sebanyak RM50,000. Saya menganggap tawaran tersebut sebagai penghinaan sepenuhnya. Ia datang daripada seorang yang tidak mempunyai rasa hormat.
"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan berkerja lagi dengan lelaki ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar The Star yang disiarkan hari ini.
Dalam temu bual tersebut juga, Tunku Abdul Aziz secara terbuka mengakui beliau tidak mempercayai Guan Eng kerana dakwanya, Setiausaha Agung DAP tersebut memiliki perwatakan dan sikap yang berbeza berbanding bapanya, Lim Kit Siang.
Katanya, sepanjang kemelut antara beliau dengan pucuk pimpinan DAP ekoran kritikan terhadap perhimpunan Bersih 3.0, hanya Kit Siang yang menemuinya sebanyak dua kali manakala Guan Eng langsung tidak berbuat apa-apa.
"Saya telah menawarkan diri untuk melepaskan jawatan dalam DAP secara bermaruah jika ia dianggap sebagai langkah yang paling sesuai mengembalikan semula keharmonian dalam parti selepas kritikan saya terhadap perhimpunan Bersih 3.0 lalu.
"Tetapi tiada jawapan diberi, Guan Eng tidak membalas surat saya, beliau tidak mempunyai kesopanan untuk berbuat demikian tetapi Kit Siang menemui saya dua kali, dia rakan lama dan saya mempercayainya, tetapi bukan Guan Eng, dia seorang yang berbeza," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti dapat agak jika Ketua Pembangkang Anwar berjaya bergelar PM, perkara ni pasti akan dibebaskan di Malay...
-
HARAM bagi orang Melayu yang menyokong Parti Khafir Harbi ini. Jika mereka menang pada Pilihan Raya ke13 nanti, maknanya orang2 Melayu me...
-
Sekarang kuasanya diperbesarkan lagi kepala mereka oleh pengampu terkuat dalam gabungan parti tak cukup syarat Pakatan PR. Pas rela diperku...

1 comment:
Tuan blogger, mohon dipautkan blog picisan saya ni http://aloqlaloq.blogspot.com ke blog tuan. Blog tuan telah dipautkan. Terima kasih
Post a Comment