PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, April 27, 2012

PAKATAN ANWAR DAH TERDESAK SANGAT...!!!



Jika seorang peguam bela takda lagi hujah bernas bagi menyelamatkan anak guamnya, maka dia akan mula mencari pelbagai alasan dan pembelaan yang direka-reka asalkan logik diterima akal.

Begitulah situasi yang menimpa pihak parti pembangkang di negara ini. Selepas berjaya membuatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menyambung menjadi senator seterusnya tidak lagi menjadi menteri, kini mereka bergelut dengan idea untuk menjahanamkan ekonomi negara dengan idea menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Semuanya kerana idea hendak memerintah negara. Sikap bercakap ikut sedap mulut ini dalam kalangan pembangkang langsung tidak boleh diterima akal, kerana idea untuk menghapuskan PTPTN adalah idea yang akan menyebabkan Ibubapa menangung lebih beban untuk menyara pembelajaran anak mereka.

Anwar adalah manusia berpenyakit kronik yang perlu diubati dengan menolak Pakatan gabungan kotornya di Pilihan Raya Umum Ke-13 selama-lamanya dari arena politik negara...!!!

Bayangkanlah betapa bodohnya dan jijiknya idea Pakatan tak masuk akal ingin memberi pendidikan percuma kepada rakyat yang mana ia akan menjadi orang tidak sakit diberi ubat. Sebaik-baiknya pemimpin pembangkang mulakan perkara PERCUMA ini dalam kalangan keluarga dan FAMILY mereka sendiri.

Jangan cuba merosakkan generasi muda negara....!!!  Kepada pemimpin pembangkang tanggunglah anak anda dari peringkat sekolah sampai ke universiti, kalau mereka hendak berkahwin tanggunglah belanja kenduri sampai cucu yang ada kelak, tanggunglah kesemuanya sekali.

Jangan pula berkata itu tugas Kerajaan Pusat, jika anda bersifat kebajikan jadikan ia amalan yang tak munasabah dalam hidup anda sepakatan...!!!

Berpidato pasal ekonomi dan unjuran memanglah senang. Bantuan dan subsidi percuma sekali-sekala diberi tidak mengapa, kalau selalu diberi kita takut rakyat hilang daya saing lalu jadilah kita seperti masyarakat Barat yang penganggurnya dibayar gaji.

Mungkin generasi sebegitu yang ingin dibentuk oleh pembangkang...!!!

Pihak pembangkang dilihat ibarat manusia yang kelemasan di dalam air, apa sahaja benda tergantung yang boleh dicapai sudah pasti ia akan direntap mereka. Hari ini pembangkang hampir kelemasan akibat tiada idea menarik sokongan seperti isu barang naik sebagaimana PRU 12.

Isu PTPTN jelas menunjukkan betapa mereka sudah tidak mampu membawa momentum tsunami 2008 kerana ia bakal menjadi ombak rindu untuk mereka yang tidak akan kembali.

Apa yang pasti ombak gergasi tersebut sedang menerpa ke arah mereka pula...!!!

3 comments:

Anonymous said...

Memang selamat kena tipu. Ingat senang ke nak melabur dgn sykt diluar negara. Orang guna lawyer pun kena tipu.

pillpuss@yahoo.com said...

Apabila Pakatan Rakyat menjanjikan untuk hapus PTPTN, hapuskan tol, gaji minimum RM1100.00, menurun harga minyak, mengekalkan subsidi. Maka terdapat suara-suara sumbang mengatakan negara akan bankrap, termasuklah dari kalangan pensyarah yang menjadi pengampu kepada BN. Apa yang pelik semua yang dilakukan oleh kerajaan BN tidak berani ditegur walaupun memudaratkan ekonomi negara dan membankrapkan negara walaupun mengenepikan prinsip ketelusan.

Anonymous said...

Ala anon 4:08pm, kalau diikutkan kata-kata peliwat tu dari tahun 2000 sampai sekarang ni, Malaysia "akan bangkrap" kerana pemerintahan BN dah beberapa kali dah.....

Malaysia tak bangkrap pun, yang layan China-doll je makin bangkrap idea...

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...