PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, April 16, 2012

AKHBAR LIDAH PEMBANGKANG CEROBOH UTUSAN DAN BERITA HARIAN



SEJAK kebelakangan ini, Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia menjadi sasaran pihak-pihak tertentu memasukkan lidah rasmi Pas, Harakah dan Selangor Kini terbitan kerajaan Selangor sebagai sisipan untuk diedarkan kepada pembaca.

Pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad ingin menjelaskan bahawa kami tidak bertanggugjawab terhadap pengedaran akhbar berkenaan melalui Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia.

Kami kesal dengan tindakan yang dianggap sebagai sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini bagi menjatuhkan imej akhbar arus perdana ini.

Sebagai akhbar yang diharamkan penjualannya di semua premis jabatan atau agensi kerajaan pakatan pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang, Utusan tidak akan membenarkan sama sekali akhbar yang didokong oleh DAP, Pas, PKR itu menjadi ‘sisipan’ Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia.

Untuk makluman pembaca, tindakan tidak bertanggungjawab ini pernah berlaku tahun lalu tetapi Jabatan Pemasaran telah memberi amaran kepada semua pengedar akhbar yang disyaki terlibat.

Bagaimanapun akhir-akhir ini, perkara yang sama berulang terutama di sekitar Lembah Klang termasuklah Hulu Langat, Wangsa Maju, Shah Alam dan Chow Kit.

Jabatan Pemasaran Utusan akan terus memantau keadaan ini dan akan mengambil tindakan lebih tegas termasuk membuat laporan polis. Utusan juga akan menamatkan urusniaga dengan mana-mana agen atau pengedar yang terlibat dalam tindakan yang tidak beretika ini.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat berkaitan ‘pencerobohan’ terhadap akhbar ini bolehlah menghubungi Jabatan Pemasaran di Bangi atau Pengurus Pemasaran Wilayah, Rosman Zulkifli melalui telefon 0177771443.

- PENGARANG UM ONLINE

4 comments:

Anonymous said...

perlu bt pemantauan dgn lebih mendalam sebab rakyat malaysia tak nak baca akhbar yg penuh dgn pembohongan...

pejuang hamas...

Anonymous said...

Tahun lepas beberapa kali akhbar Harakah dan Selangorkini dimasukkan dalam peti surat rumah-rumah penduduk Melayu kawasan Shah Alam. Ramai Melayu tak mahu baca dah akhbar pembangkang. Tak payahlah kasi free buat rugi saja. Dari muka depan sampai belakang kutuk sesama Islam buat apa?. Kerajaan BN buat semua tak betul pada mereka. Cina DAP yang anti Islam mereka sokong.

Anonymous said...

Surat kabar pembangkang seperti Harakah dah tak laku dah sapa pun tak ingin dah itu sebab nak tompang akhbar Utusan..memalukan.

Anonymous said...

Hidup utusan!!!

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...