Saturday, March 10, 2012
3 BERANAK MATI RENTUNG SAMBIL BERPELUKAN..!!!
Menyayat hati apabila seorang ibu ditemui mati rentung berpelukan dengan dua anak perempuannya dalam bilik tidur utama selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, mangsa yang juga seorang warga Vietnam, Huyah Thi Ngoc Thao, 30-an, ditemui bersama anaknya, Yap Siew Yiee, 6, dan Yap Siew Yoon, 5, di atas katil dipercayai gagal keluar menyelamatkan diri.
Kebakaran membabitkan tiga deretan rumah teres berkenaan turut menyebabkan suami mangsa, Yap Yao Chong, 43, melecur lebih 50 peratus dan ditemui tidak sedarkan diri di luar pintu bilik utama itu.
Difahamkan, dua adik perempuan wanita terbabit, Ngoc Thao, 18, dan Lam Thi Bich Phufong, 16, terselamat selepas berjaya keluar dari rumah berkenaan dan sempat meminta bantuan jiran.
Namun, api dipercayai marak dengan cepat menyebabkan Yao Chong melecur teruk ketika cuba menyelamatkan isteri serta dua anaknya itu dan kini menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Serdang, di sini.
-SUMBER MYMETRO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
SYED BUKHARI KRONI BN..??? MONOPOLI PERNIAGAAN..??? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI..??? Lihat baik-baik carta senarai orang terkaya ...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
Kebanyakkan rakyat Malaysia pasti dapat agak jika Ketua Pembangkang Anwar berjaya bergelar PM, perkara ni pasti akan dibebaskan di Malay...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Bukan KBC nak berpihak kepada sesiapa tetapi ini adalah kebenaran yang harus diperbetulkan dulu dalam UMNO dan semakin rosak dengan gejal...



1 comment:
Takziah..
NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment